Monday 23 August 2010

Penyerahan Jaket Keselamatan Kepada Murid-Murid

Acara disempurnakan oleh Guru Besar, En Jasmi. Kesemua 12 orang murid mendapat jaket keselamatan tersebut. Jaket ini bukan sahaja untuk naik bot, tetapi boleh digunakan ketika aktiviti mandi laut.

Sungguh pun diketahui bahawa anak pulau ini betah berenang dikala usia 5 tahun, namun bagi pihak sekolah, langkah-langkah keselamatan perlu dititikberatkan. Itu antara nasihat-nasihat Guru Besar kepada murid-murid.

Diharap, jaket ini dapat memberi manfaat....amin.