Wednesday 16 May 2012

Sambutan Hari Guru SK Pulau Aur bersama-sama Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Johor

Sambutan Hari Guru peringkat SK Pulau Aur dimulakan sekitar jam 10 pagi. Jemputan adalah terdiri daripada ibu bapa murid-murid dan masyarakat kampung Pulau Aur. Majlis di pengerusikan oleh adik Ainul.  Bacaan doa oleh ustaz Zamri memulakan majlis. Seterusnya adakah ucapan GB Mohd. Selesai ucapan, majlis diserikan dengan beberapa persembahan ringkas. Dimulai dengan sajak oleh cikgu Alshaddad. Kemudian Sajak 3 Bahasa. Tidak lupa bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh Cikgu Ahmad Nasafi.







Monday 7 May 2012

Jeti Kg. Telok Berhala Di Rempuh Tongkang

Kejadian berlaku di waktu pagi dikala cuaca hujan dan angin yang agak kuat. Ombak juga tidak kurang hebatnya.  Terdapat sebuah tongkang yang muat dengan peralatan dan bahan binaan bagi projek jeti baru telah dilabuhkan berdekatan kawasan tersebut.



Sedikit demi sedikit, ombak laut memukul-mukul dan menolak tongkang tersebut ke arah jeti.  Tali yang mengikat tongkang tersebut tidak berdaya menahan tongkat tersebut.  Dalam keadaan yang tidak terkawal dan cemas itu, tongkang tersebut terus melanggar bahagian tengah jeti.  Para pekerja yang berada di atas tongkang tersebut pun tidak dapat berbuat apa-apa.


Hanya mampu melihat











Bergambar kenangan selepas cuaca kembali tenang




Hadiah Nilam Bulan April 2012