Saturday 21 April 2012

Kejohanan Merentas Desa SKPA 2012

Unit     :     Ko-Kurikulum
Lokasi :     Kg. Telok Sebukang (mula) - Sekolah (tamat)


Sebelum acara bermula, kami bersarapan terlebih dahulu. Acara ini hanya disertai oleh murid Tahap 2 sahaja iaitu seramai 8 orang ( 3 lelaki, 5 perempuan ).


Diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Amir.





Program ini mendapat kerjasama dari Jururawat Desa Pulau Aur, Cik Norasikin. Belum berkahwin.

Seterusnya penyerahan nombor badan kepada murid-murid. Sejurus itu, di ketuai oleh Cikgu Ahmad Nasafi, melakukan pemanasan badan.


Friday 20 April 2012

Memeriksa Laluan Kejohanan Merentas Desa SKPA 2012

Sehari awal sebelum bermulanya acara, guru-guru dengan diketuai GPK Ko-Ku, Ustaz Mohamad Zamri, terlebih dahulu meninjau laluan merentas desa agar keselamatan murid-murid terjamin.