Tuesday 26 February 2013

YTL - Yang Ter Laju . . .

Terima kasih kepada pihak berwajib kerana SKPA telah terpilih bagi pemasangan YTL. Untuk info, sebelum YTL, internet SKPA di bawah nama projek ShcoolNet. Kedatangan YTL telah dimaklumkan oleh GB pada 24 Jan, namun tidak muncul-muncul.

Dalam projek YTL ni kelajuan internet ditingkatkan dari 1Mbps ke 2Mbps (itu yang dimaklumkan oleh mereka yang datang pasang ni). Antara yang ditukar atau diganti ialah modem, kabel dan transmitter (tak pasti nama sebenar alat tersebut). Pihak SKPA tertanya-tanya kenapa piring pemancar tidak ditukar walaupun masih boleh digunakan. Kami telah meminta mereka menukarkannya namun tidak berjaya.











Semoga prestasi kerja guru-guru SKPA terus meningkat dan paling penting, murid-murid mendapat manfaat daripada kemudahan internet ini. Ingatlah, kerana MURID-MURIDlah, adanya pekerjaan guru. Bukan kerana kita pandai atau berkelulusan universiti, tapi kerana MURID-MURID.

Friday 22 February 2013

Pra SEGAK

Aktiviti pra Segak ini dijalankan bagi memberi pendedahan awal sebelum ujian Segak yang sebenar akan dijalankan sekitar Mac kelak.


















 



Friday 8 February 2013

Guru-Guru SKPA Singgah Di Pulau Tinggi

Dalam pelayaran pulang ke tanah besar semenanjung (jeti Mersing), kami singgah di Pulau Tinggi terlebih dahulu kerana air surut di muara. Di kesempatan ini, kami melawat Cikgu Miznah yang merupakan bekas guru di SK Pulau Aur sekitar tahun 2011 - 2012.