Monday 18 March 2013

Mesyuarat Penyelarasan Aktivit Guru ICT & Penyelaras Bistari

Berikut adalah antara agenda atau dapatan sepanjang mesyuarat yang diadakan. Ini bukan laporan rasmi tapi sekadar sketsa pada masa tersebut.

- Ucapan alu-aluan oleh Ketua PKG Bandar Mersing
- Pengerusi mengambil alih.
- Majlis dimulakan dengan pelantikan jawatankuasa.
     > kurang mendapat respon dari hadirin untuk mencadangkan nama.
     > pengerusi mohon menggunakan kuasa 'sebut nama'.
     > cikgu senior yang terpilih 'menolak' dengan memberi alasan beliau.
     > pengerusi menangguhkan perlantikan kerana suasana macam agak 'panas'.

- Masuk kepada bahagian YES, pelupusan bla...bla....bla.... ( berkaitan masalah internet di sekolah-sekolah )
     > respon banyak dari sekolah-sekolah pedalaman kerana internet 'sangat tidak memuaskan'.
     > sekolah-sekolah lain juga ada melaporkan tentang pusat akses, cara pelupusan dan macam-macam lagi.

- Masa hampir tamat. Kembali ke sesi pelantikan AJK. Guru-guru memberi pandangan agar kaedah AJK ini diberi nafas baru.
- Namun, akhir sekali, jawatankuasa ini TIDAK TERBENTUK bagi tahun 2013.

Lawatan Penanda Aras BOP ke SK Seri Pantai

Bersempena Program Penarafan BOP, s/u peperiksaan SKPA, mengambil peluang membuat lawatan ke BOP SK Seri Pantai. Kenapa BOP SK Seri Pantai? Menurut maklumat, BOP SK Seri Pantai adalah yang terbaik di Mersing. Tahniah !  Tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada GB SK Seri Pantai kerana menerima baik kunjungan pihak SKPA dan terima kasih juga kepada Pn. Rohayati Binti Abd Majid kerna banyak membantu sepanjang lawatan ke BOP beliau.

Beliau sangat tidak lokek berkongsi ilmu. Berikut beberapa gambar semasa lawatan penanda aras tersebut.



















Saturday 16 March 2013

Lawatan Mengejut JPN Johor Ke Sekolah

Suatu tengah hari sedang lepak-lepak di jeti bersama murid-murid selepas waktu sekolah. Dari jauh kelihatan sebuah bot memancing menghampiri pulau.

"Macam pernah tengok orang dalam bot tu. Macam Tuan Haji Yunan tapi berisi. Bukan kot....."

Tetiba.....

"Assalamualaikum cikgu tuah...."

"Waalaikumussalam,...... En Yunan? Hahahahahha......."

Tujuan lawatan ini adalah bagi melihat keperluan dan kerosakan infrastruktur bangunan sekolah. Beliau akan mentafsir dan membuat tindakan susulan. Dalam kes SKPA, tangki di tingkat 3 bangunan ( bilik KH dan Sains) menjadi keutamaan kerna sudah berlarutan 3 tahun. Tangki ini bermasalah dari hari mula penyerahan, habis tempoh (warranty) dan hinggalah sekarang. Beliau sendiri telah naik ke atas siling untuk melihat sendiri keadaan tangki bermasalah tersebut.

Selain bangunan sekolah, juga mendapat perhatian beliau adalah rumah2 guru. Beliau akan sedaya mungkin, melalui peruntukan dan prosedut yang telah ditetapkan, untuk memenuhi keperluan pembangunan sekolah. Berikut beberapa keping gambar sepanjang lawatan beliau.

















Kami warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian beliau dan rakan-rakannya yang lain, atas kunjungan ini. Sebarang kekurangan, kami mohon maaf sepanjang lawatan beliau. Terima kasih, datang lagi.

*Admin mohon maaf sebab tidak tahu nama penuh Tuan Haji Yunan. Dah cari di portal JPN tp tidak jumpa.

Sunday 3 March 2013

Sukan Pingpong dan Badminton

Unit : Ko-Kurikulum
Sukan : Badminton dan pingpong
Guru : Semua guru
Kelas : Tahap 2 sahaja