Thursday 16 May 2013

SELAMAT HARI GURU 2013

Apakah sejarah yang menyebabkan tarikh 16 Mei dijadikan Hari Guru Malaysia? Siapa pencetus idea ini? Apakah sinifikannya tarikh tersebut?

Apapun, bait-bait yang terdapat di dalam lirik lagu Kami Guru Malaysia sangat bermakna. Namun cabaran dan tanggungjawab guru kini semakin hari, semakin mencabar dek perubahan pelbagai sudut seperti POLITIK, sosio budaya, teknologi, dunia tanpa sempadan, kuasa pemikiran, ledakan idea, transformasi dan bermacam-macam lagi.

Pastinya kita sering mendengar kata-kata,"Siapalah saya sekarang, jika bukan kerna guru","guru ibarat membakar diri demi orang lain", "siapalah doktor, penguam, perdana menteri, raja, jika bukan kerna seorang guru", dan bermacam-macam lagi.

Guru ditomah, diheret ke mahkamah, dicaci dan sebagainya apabila timbul sesuatu yang negatif berlaku pada anak-anak muda atau generasi sekarang. Tapi bila anak-anak mereka berjaya, hanya segelintir sahaja yang datang untuk ucapkan TERIMA KASIH CIKGU. Cikgu yang dilabel garang, jahat, suka mencubit dan merotan, diingati sepanjang hayat. Tapi JASA GURU hanya diingati SEHARI SAJA dalam setahun. Itu pun sebab ada dalam kalender.

Perkataan 'profesion' guru kini telah menjadikan aura guru itu terpisah antara nilai rohani seorang guru dengan kerjaya guru. Dulu, guru adalah icon yang tinggi martabatnya. Buka kerana kerjaya guru tapi JASA GURU itu dalam pembangunan dan pembentukan INSAN. Kini, guru hanyalah sebagai satu kerjaya untuk mencari rezeki atau meneruskan kelangsungan kehidupan. Jasa atau tanggungjawab adalah perkara ke dua. Selain itu, kualiti seseoarng guru juga kini boleh dipertikaikan. Baik yang lama, mahupun yang baru.

Apapun...... s e l a m a t   h a r i   g u r u .....

KAMI GURU MALAYSIA

Kami Guru Malaysia
Berikrar dan Berjanji
Mendidik dan Memimpin
Putra Putri Negara Kita

Pada Seri Paduka
Kami Tumpahkan Setia
Rukun Negara Kita
Panduan Hidup Kami Semua

Di Bidang Pembangunan
Kami Tetap Bersama
Membantu Membina
Negara Yang Tercinta

Amanah Yang Diberi
Kami Tak Persiakan
Apa Yang Kami Janji
Tunai Tetap Kami Tunaikan

Tunai Tetap Kami Tunaikan
(Lirik : Hashim Ahmad)