Tuesday 25 June 2013

Kembara 3 Pulau, Kesihatan dan Pergigian Di SK Pulau Aur

Program :
Jom Jaga Gigi & Kesihatan, Kembara Pulau

Anjuran :
Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Tarikh :
25~26 Jun 2013

Tetamu VIP :
Dr. Hj. Izam bin Suleiman ( TPKN - Perubatan )
Dr. Kamariah binti Ibrahim ( TPKN - Pergigian )

Aktiviti :
25hb, malam, Blue Water
-   Ceramah kesihatan
-   Kareoke

26hb, SK Pulau Aur
-   Pemeriksaan gigi murid dan penduduk kampung
-   Pemeriksaan kesihatan murid dan penduduk kampung
-   Tamat di Pulau Aur

Ceramah kesihatan



Kareoke

Cabutan bertuah

Aktiviti mewarna bahagian pergigian untuk murid-murid sekolah






Wednesday 19 June 2013

Tautan Kasih Segunung Kenangan bersama Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Johor

Program :
Tautan Kasih Segunung Kenangan

Anjuran :
Sektor Pendidikan Islam JPN Johor

Tarikh :
19 Jun 2013

Selesai dengan pihak BTPN Johor, kami bersedia pula dengan ketibaan pihak KS SPI JPN Johor.

Alhamdulillah rombongan KS SPI selamat selamat sampai di Pulau Aur sekitar jam 2.30 petang. Dalam suasana jerebu yang sangat tebal, mereka bersemangat untuk menempuhinya. Alhamdulillah.... Ketibaan mereka sememangnya di nanti-nantikan oleh guru-guru SKPA. Bersama-sama rombongan ini adalah kakitangan dari pihak PPD Mersing, BTP Johor, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah dari sekolah-sekolah yang bertuah.








Para rombongan dibawa terus ke sekolah bagi agenda seterusnya.


Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Ahmad Nasafi bin Mohamad. Menariknya beliau ialah beliau banyak berpantun. Sangat bertepatan.









Sesi yang wajib ialah bergambar. Hihihihihi...... Kenangan.


Tuesday 18 June 2013

Kunjung Bantu dan Pemantauan ICT

Program :
Kunjung Bantu dan Pemantauan ICT 

Anjuran :
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor

Turut Serta :
PKG Bandar Mersing

17 Jun 2013, sekitar jam 3.30 petang, dalam kesamaran jerebu yang tebal, kelihatan bayang-bayang bot. Semakin jelas dan jelas apabila perlahan-lahan mendekati jeti Kg. Telok Berhala, Pulau Aur. Pagi tadi menyambut Ketua Polis Johor, sekarang menerima kunjungan pihak BTPN Johor pula.

Di jeti, guru-guru SKPA telah sedia menanti kedatangan pihak rombongan.


Kehadiran rombongan yang diketuai oleh En. Asha'ari bin Omar, Penolong Pengarah, BTPN Johor disambut oleh GB dan guru-guru. Terdengar "hensem-hensem cikgu SK Pulau Aur ni. Macam model. Rugi tak bawa kakitangan perempuan yang bujang-bujang..." kata ketua rombongan sebaik sahaja bot merapati jeti. Guru-guru tersenyum simpul.

Bersama-sama BTP dalam lawatan ini ialah En. Mahyeddin bin Ab Malik, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Bandar Mersing.








Rombongan terus di bawa ke Bilik Makan bagi sesi 'bual mesra'.

Monday 17 June 2013

Lawatan Kerja Ketua Polis Negeri Johor ke Pulau Aur & SKPA

Anjuran :
Ketua Polis Negeri Johor

Tujuan :
Tidak diketahui

Tarikh :
17 Jun 2013

Dalam masa ini pihak sekolah sedang membuat persedian menyambut kunjungan dari pihak BTPN Johor. Namun begitu, kunjungan Ketua Polis Negeri Johor tetap disambut dengan baik oleh semua warga SK Pulau Aur.

Ketibaan






Sambutan