Saturday 28 September 2013

Program Dakwah Bil Hal Sekolah-Sekolah Pulau Daerah Mersing


Program :
Dakwah Bil Hal Peringkat Negeri Johor
Sekolah-Sekolah Pulau Daerah Mersing

Tarikh :
26 ~ 28 September 2013

Lokasi :
Politeknik Mersing dan Melaka

Anjuran :
Unit Pendidikan Islam, PPD Mersing

Bil Hal membawa maksud 'keadaan'. Antara objektif program ini adalah bertujuan untuk memberi praktikal dalam suasana atau keadaan sebenar iaitu berkaitan musafir dan solat jamaq dan qasar. Program ini sangat memberi gambaran sebenar apabila kita berada dalam musafir. Bukan sahaja kepada murid-murid sekolah pulau, malah kepada guru-guru pengiring juga.

26 September 2013
Bot Pak Dagang tiba di Pulau Aur sekitar jam 8.00 pagi. Bot tersebut juga membawa murid-murid SK Pulau Pemanggil. Mereka bergerak dari Pulau Pemanggil, sekitar jam 6.00 pagi. SK Pulau Aur disertai oleh 7 orang murid dan 2 orang guru pengiring.








Pelayaran berjalan dengan lancar kerana cuaca dan laut yang tenang. Cuma ada sedikit hujan ketika menghampiri Pulau Babi Besar. Kami mula memasuki muara Mersing sekitar jam 11.30 pagi dan tiba di jeti, sejam lebih kemudian.

Seterusnya kami menuju ke Politeknik Mersing untuk pendaftaran dan sebagainya.




Taklimat diberikan selepas selesai pendaftaran dan makan tengah hari oleh ustaz Khushairi. Kemudian peserta diagihkan kepada kumpulan kecil bagi penempatan bilik penginapan.

Para peserta berkumpul semula di dewan selepas Asar bagi sesi 'Ice Breaking'. Pengagihan kumpulan adalah melalui bunyi haiwan. Peserta mesti mencari ahli kumpulan dengan mengeluarkan bunyi haiwan yang telah ditetapkan.







Selesai ice breaking, masa untuk makan malam. Sebelah malamnya bacaan Yasin di masjid.



Program diteruskan dengan slot ilmuan berkenaan musafir dan solat dalam musafir.


Sebelum tidur, peserta disajikan dengan sedikit jamuan.


Mentor

Tuesday 24 September 2013

Jom Ber KSSR PJ dengan Cikgu Nasafi dan Ustaz Wan







Seni tarian dalam PJ, merentas kurikulum


Menunjukkan sikap ceria di dalam pengajaran dan pembelajaran






Monday 23 September 2013

Hari Kedua : Kembara Media Taman Laut bersama Komuniti Pulau Aur

Pihak Terlibat :
Taman Laut Johor, Media-media dan Masyarakat Pulau Aur

VIP Terlibat :
Pn. Halijah bt. Mat Sin,
Pengarah,
Bahagian Pendidikan & Interpretasi,
Jabatan Taman Laut Malaysia.

En. Mohd Nizam bin Ismail,
Pengarah,
Jabatan Taman Laut Negeri Johor.

Tarikh :
23 September 2013

Objektif Program :
Tiada info secara tepat

Acara :
Sukaneka bersama masyarakat pulau dan kareoke. Selain itu terdapat satu slot pada malamnya iaitu tayangan hidupan laut di sekeliling Pulau Aur. Gambar-gambar di rakamkan oleh penyelam-penyelam. Satu tayangan yang memberi ilmu pengetahuan dan kesedaran bagi mereka yang senantiasa memikirkan keseimbangan alam semulajadi.