Tuesday 9 December 2014

Lanun Rompak Kelasi Kapal Tangki di Pulau Aur

Sumber ----->>> malaysiakini <<<------


Sekumpulan lelaki bersenjata menembak seorang kelasi Vietnam dan merompak 16 kelasi sebuah kapal tangki di perairan Pulau Aur, selatan Johor pada hari Ahad.
  
Lelaki yang cedera ditembak di kepala itu kemudian diterbangkan ke hospital di Singapura dan meninggal dunia di sana.
  
Serangan lanun itu berlaku pada pukul 5.30 pagi semasa kapal yang membawa muatan asfalt dalam pelayaran dari Singapura ke Vietnam.

Ketua Pusat Laporan Kegiatan Melanun Biro Maritim Antarabangsa yang berpangkalan di ibunegara, Noel Choong berkata pihak berkuasa Singapura menghantar helikopter dan membawa kelasi yang cedera parah itu ke hospital.

Beliau menasihatkan kapal-kapal supaya mengambil langkah-langkah tegas dan memantau kegiatan melanun terutama pada sebelah malam dan melaporkan sebarang serangan kepada pusat itu di Kuala Lumpur untuk berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan serantau bagi mendapatkan bantuan segera.

Sementara itu, di Johor Bahru, polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kes samun dan curi kenderaan selepas mengejar kenderaan suspek selama 45 minit di Taman Nusantara, Gelang Patah, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supt Noor Hashim Mohamad berkata, dalam kejadian 9 malam, 3 Dis lepas, dua anggotanya mengalami kecederaan selepas motosikal yang mereka naiki dihimpit kereta Proton Satria dipandu suspek.
  
Katanya, kejadian bermula di sebuah stesen minyak di Taman Bukit Indah, di Johor Bahru apabila sepasukan anggota polis mengesan sebuah kereta yang dalam keadaan mencurigakan.
  
"Ketika cuba melakukan pemeriksaan, kereta terbabit yang dinaiki dua lelaki terus memecut laju dan melarikan diri.
  
"Semasa insiden mengejar, dua anggota kami terlibat dengan kemalangan apabila dihimpit kereta suspek," katanya sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya semalam/

Katanya, kereta suspek bersama pemandunya yang berusia 27 tahun berjaya ditahan di Taman Nusantara, Gelang Patah manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri.
  
Jelas Noor Hashim, pemeriksaan lanjut di dalam kereta terbabit menemui pelbagai peralatan pecah rumah serta satu bungkusan plastik lutsinar yang dipercayai mengandungi dadah.
  
Kereta terbabit sebelum itu dilaporkan hilang di Tampoi.
  
"Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dengan sekurang-kurangnya lima kes pecah rumah sejak tiga bulan lepas dan kami masih mengesan rakan suspek yang dikenali sebagai Man dengan alamat terakhir di Kampung Sungai Siam, Layang-Layang, Kluang," katanya.
  
Menurut Noor Hashim, kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan 279 Kanun Keseksaan.
  
Sementara itu di Tumpat, polis Kelantan melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di negeri ini susulan penahanan dua suspek bersama dadah dianggarkan bernilai RM49,975.
  
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dua lelaki terbabit berumur 27 dan 34 tahun ditahan di hadapan sebuah premis perniagaan di Kampung Bendang Luas di Tumpat kira-kira pukul 8.15 malam tadi.
  
"Dalam serbuan yang dilakukan unit Task Force Narkotik itu, sejumlah 1,999 biji pil kuda ditemui dalam satu bungkusan seberat 199.9 gram dalam sebuah kereta," katanya kepada pemberita di pejabat Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor di Tumpat semalam.

Mazlan berkata sindiket itu yang dikenali sebagai "Geng Bendang" dipercayai bergiat aktif mengedarkan dadah jenis pil kuda sejak dua bulan lepas untuk pasaran tempatan.
  
"Kami percaya mereka menggunakan Kampung Bendang Luas sebagai lokasi utamauntuk melakukan aktiviti penjualan dan pengedaran dadah ke tempat lain. Dadahitu dibawa masuk melalui sempadan," katanya.
  
Menurut Mazlan sindiket itu juga dipercayai menjadi pembekal utama di daerah Kota Bharu, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.  
  
Katanya modus operandi yang digunakan oleh geng berkenaan termasukmenggunakan khidmat bekas banduan untuk melakukan aktiviti pengedaran dadah.
  
"Kedua-dua suspek yang ditahan mempunyai kesalahan lampau dan suspek kini direman sehingga 14 Dis untuk membantu siasatan," katanya.
  
Polis kini memburu tiga lagi orang anggota kumpulan itu yang masih bebas, katanya.

Sementara itu, Mazlan memberitahu pemberita, polis tidak menolak kemungkinan dua tembakan yang dilepaskan ke Pejabat Pangkalan Marin Kastam di Jeti Penguatkuasaan Pengkalan Kubor sebagai angkara khianat.
  
Katana, kejadian itu berlaku kira-kira 1 pagi dan polis menjumpai dua lubang kesan tembakan pada cermin bahagian pantri pejabat berkenaan.
  
"Tembakan mungkin dilakukan dari jarak antara 20 dan 30m dari arah Sungai Golok. Berdasarkan kesan dan sudut tembakan pada cermin berkenaan, kemungkinan tembakan itu dilepaskan dari atas bot," katanya.

Mazlan berkata senapang angin dengan peluru bebola besi dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
  
Katanya dua pegawai kastam yang sedang bertugas dalam pejabat itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
  
Polis akan mendapatkan kerjasama pihak berkuasa Thailand untuk membantu siasatan kes itu, katanya.

- Bernama

Tuesday 11 November 2014

Kursus Jenazah Peringkat Sekolah

Anjuran :

Panitia Pendidikan Islam (Ustaz Mohamad Amir)

 

Tarikh :

11 November 2014

 

Program :

Pendedahan Awal Pengurusan Jenazah

 

Alhamdulillah…..program berjaya dijalankan dengan lancar. Pendedahan awal ini bagi menyediakan ilmu awal kepada murid-murid tentang pengurusan jenazah. Sebagai umat Islam, pendedahan awal ini sangat penting agar mereka tidak kekok apabila dewasa nanti. Program ini juga sangat-sangat bersesuai dengan suasana kehidupan di pulau terpencil ini di mana pendedahan ilmu pengurusan jenazah dikalangan masyarakat setempat adalah rendah. Semoga program yang kecil ini dapat memberi manfaat yang besar. Harapan juga, program ini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Amin….

Terima kasih atas bantuan dokumentasi foto dari Ustaz Wan Muhamad Afifudin.

20141106_084539

20141106_084547

20141106_093502

20141106_093525

20141106_093531

Saturday 8 November 2014

Krisis Air Di SK Pulau Aur

Krisis air berulang lagi. Saban tahun, krisis ini berlaku kerana ia merupakan pusingan alam semula jadi. Namun begitu, ini merupakan krisis air paling lama dan teruk berlaku. Sepanjang 4 tahun saya bertugas di sini, saya juga merasakan ini merupakan krisis paling lama.

Krisis air ni dah bermula sejak bulan Ramadhan lagi. Hujan sudah lama tidak turun. Sungai kelihatan semakin hari semakin susut airnya. Aliran air sungai belakang sekolah juga kelihatan semakin kurang. Beberapa kali air terputus ke rumah guru dan sekolah. Guru-guru akan naik ke Air Besar untuk mengadjust semula paip. Makin hari, Air Besar semakin surut.

Sumber air lain? Owh…..sekolah dan rumah guru memang tidak mempunyai sumber air lain selain daripada Air Besar. Kebanyakkan penduduk juga bergantung pada Air Besar tapi mereka ada sumber alternatif.

Saya sendiri dan beberapa orang guru pernah mengikut Abang Long, Zaki, Cikgu Izam dan Ustaz Amin (sekolah agama) pergi ke Teluran (belakang pulau) untuk melihat sumber air alternatif. Kelihatan sumber airnya juga semakin sedikit dan sukar untuk dihantar ke Kampung Telok Berhala.

Sehingga kini, kami terpaksa bercatu dan berjimat dalam penggunaan air. Pernah kami tidak mandi pagi. Hihihihi… Dah macam kais pagi mandi pagi, kais petang, mandi petang. Itu pun jika ada.

Kami berterima kasih kepada Abang Long and the geng masih berjuang mencari air. Kumpul dan agih kepada pihak sekolah.

“Cikgu, air tak ada ni. Jimat-jimat lah yer…..”

Hujan? Hujan sekali sekala turun tapi tidaklah cukup untuk memenuhi sungai. Jika hujan, itulah waktu kami mengisi ke dalam botol-botol untuk di simpan. Kami juga akan membasuh di kala hujan tersebut.

Tidak ada perigi ke? Perigi ada tapi bukan sekolah punya. Milik orang kampung. Itu pun mereka terpaksa sedut menggunakan mesin.

IMAG0300

IMAG0492

IMAG0548 copy

IMAG0553

IMAG0554

IMAG0555

IMAG0556

IMAG0559

IMAG0562

IMAG0565

IMG-20141103-WA0003

IMG-20141103-WA0004

IMG-20141103-WA0005

IMG-20141103-WA0008

Thursday 9 October 2014

Episod Terakhir UPSR 2014

Alhamdulillah, hari ini 09 Oktober 2014, menjadi hari terakhir bagi UPSR 2014. Kronologi, UPSR 2014 secara rasminya dijalankan pada 09 –11 September 2014. Namun begitu, belum sempat ujian habis dijalankan, pengumuman pembatalan Kertas Sains berikutan laporan kebocoran. Ia diikuti pula dengan Kertas Bahasa Inggeris. Tarikh baru ditetapkan pada 30 September bagi ujian ulangan kertas tersebut. Selang beberapa hari, diumumkan pula bahawa Kertas Matematik Kertas 1 dan Bahasa Tamil juga dilaporkan bocor dan tarikh 09 Oktober ditetapkan sebagai tarikh ujian ulangan.

Bagi pengawas peperiksaan di kawasan pedalaman, ini merupakan cabaran yang mungkin tersemat diingatan. Jika setakat Pulau Sibu dan Pulau Tinggi tu, mungkin masih ok. Inikan Pulau Aur yang agak jauh. Nak meredah laut bukan satu perkara yang mudah. Semoga jasa mereka di Rahmati Allah.

Antara perkara yang mendapat impak, pastinya kos. Kos bot, kos cetak kertas, kos tuntutan dan macam-macam kos lagi. Emosi? Hmmmm….mungkin.

Berkaitan perkara kebocoran ni kan, ada pendapat peribadi saya sendiri. Tapi……..mmmm….tak pelah. Hihihi……

Kepada satu-satunya calon UPSR 2014 SKPA, semoga berjaya dalam menjawab kertas ulangan ini dan memperolehi keputusan yang baik. Bilangan A bukan penentu kejayaan anda di masa depan. Yang penting dan akan menentukan perjalanan masa depan ialah ILMU. Penilaiannya adalah berapa banyak yang anda boleh sumbangkan kepada masyarakat kelak. Amin….

DSC07769

DSC07772

DSC07773

DSC07774

DSC07775

DSC07776

DSC07777

DSC07778

DSC07780

DSC07782

Thursday 2 October 2014

Majlis Pertukaran Cikgu Baharom dan Cikgu Saari

Anjuran :

Para Pembantu Tadbir PPD Lama

 

Objektif :

Meraikan pertukaran

Cikgu Baharom dari SK Pulau Tinggi ke SK Labong

Cikgu Saari dari SK Pulau Pemanggil ke SK Air Papan

 

Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Hadi. Bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Amir. Cikgu Baharom dijemput mendahului ucapan beliau. Kemudian diikuti Cikgu Saari. Cikgu Zakaria, GB SK Peta turut dijemput memberi ucapan. Isi ucapan mereka? Hmmm….rasanya tak perlulah nak taip disini. Isinya sama jer dengan ucapan-ucapan majlis pertukaran pegawai-pegawai kerajaan yang pernah kita hadiri.

Doa kami, semoga Cikgu Baharom dan Cikgu Saari suksess disekolah baru mereka. Sama-sama kita berdoa agar dapat menjalankan kerja / tugas dengan baik. Jasa kalian di sini, takkan kami lupakan. Yang baik kita ambil, yang kurang baik, kita buang jauh-jauh……amin.

Majlis ini turut dihadiri jiran sebelah PPD Lama, PKG Bandar Mersing. Terima kasih kerana meluangkan masa.

DSC07529

DSC07534

DSC07536

DSC07537

DSC07543

DSC07544

DSC07545