Wednesday 29 January 2014

Majlis Perpisahan Cikgu Nasafi. Sponsor daripada Ustazah Hapizah

Jika semalam majlis sponsor oleh beliau sendiri, tapi hari ini ada lagi sponsor kek untuk majlis perpisahan beliau. Maklum la, cikgu kesayangan ramai. Maka banyak la sponsor. Terima masih kepada ustazah Hapizah dan keluarga atas majlis yang diadakan.

Abah-abah....









Mohon jangan posing ensem sangat....






Yang dirai






Sayang sangat pada Cikgu Nasafi



Tuesday 28 January 2014

Majlis Perpisahan Cikgu Nasafi by Cikgu Nasafi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, permohonan eg-Tukar Cikgu Ahmad Nasafi telah diluluskan. TAHNIAH....!!! Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis perpisahan beliau.

Untuk info, beliau mula ditempat di sekolah ini pada tahun 2010. Sekolah ini juga merupakan sekolah pertama beliau selepas selesai pengajian KPLI-SR. Antara Guru Besar yang sempat dengan beliau ialah En. Ishak, En. Jasmi dan En. Mohd. Sukhimi. Guru lain adalah seperti Cikgu Ezzam, Cikgu Sulaiman dan Cikgu Faizal(sekejap jer).

Sekolah merakamkan ucapan penghargaan sepanjang beliau bertugas di sini. Segala jasa yang diberikan dalam pembangunan insan di sini, amat-amat dihargai. Semoga beliau akan lebih maju di sekolah (SK Kebun Bahru, Banting) baru beliau.

Segala silap atau kekurangan kami di sini, mohon dimaafkan.

Majlis dimulakan dengan ucapan-ucapan perpisahan, doa dan jamuan.









Jangan bersedih wahai murid-murid












Wednesday 22 January 2014

Maulidur Rasul Peringkat SK Pulau Aur 2014

Unit :

Akademik

Panitia :

Pendidikan Islam kerjasama J-QAF

Acara dimulakan dengan berarak dan berselawat kepada Baginda Rasulullah. Disebabkan pulau yang sekangkang kera, kami berarak mengelilingi kawasan sekolah sahaja. Yang penting, objektif tercapai. Alhamdulillah…..

Kemudian naik ke surau untuk sesi kuliah dan kuiz. Rehat. Acara disambung dengan pertandingan melukis dan mewarna. Bersurai……

SONY DSC

SONY DSC

DSC02137

DSC02138

DSC02139