Monday 8 September 2014

Hari 1 : Klinik LINUS Sekolah-Sekolah Orang Asli Daerah Mersing

Program :

Klinik LINUS Sekolah-Sekolah Orang Asli Daerah Mersing

Lokasi :

Telok Gorek Resort, Mersing

Tarikh :

08 – 11 September 2014

Pendaftaran mula dibuka pada jam 12.00 tengah hari. Pendaftaran di kantin resort. Para urusetia siap sedia menunggu peserta.

Selesai pendaftaran, makan tengah hari. Kemudian rehat. Murid-murid kembali ke dorm dan guru ke bilik yang telah ditetapkan.

Jam 2, aktiviti orientasi bermula di dewan. Dikendalikan oleh Cikgu Zapriudin. Program adalah bertujuan untuk suaikenal murid-murid yang datang dari berlainan sekolah.

Jam 4 petang, rehat dan minum petang. Makanan belum siap disediakan. Tunggu agak lama. Murid-murid pun dah mula tak keruan dan mundar mandir. Tak pasti samada kami yang rehat terlalu awal atau pihak mereka yang lewat. Tak pe……

Seterusnya diadakan sedikit riadah petang. Dikendalikan oleh Cikgu Kadir. Aktiviti dalam kumpulan. Aktiviti selesai sekitar jam 6.30 petang.

Malamnya, diadakan PdP Literasi untuk para peserta oleh guru-guru dengan bahan-bahan yang telah siapkan.

DSC06466 copy

DSC06486 copy

DSC06711

DSC06467 copy

DSC06471 copy

DSC06472 copy

DSC06483 copy

DSC06478 copy

DSC06487

DSC06491 copy

DSC06497

DSC06509 copy