Monday 19 January 2015

PdP RBT Tahun 4 dan 5

DSC01061

DSC01062

DSC01063

DSC01066

Majlis Ringkas Sempena Pertukaran Ustaz Amir

Beliau mula bertugas di sini pada tahun 2011 sebagai guru J-QAF. Pada masa itu, beliau masih dalam program latihan, IPGM Kampus Temenggong Ibrahim, Johor. Berasal dari Jengka, Pahang. Masih belum berumah tangga. Berperwatakan menarik, ringan tulang dan mesra.

Beliau dan Ustaz Zamri pada ketika itu begitu aktif menjalankan program berkaitan Agama Islam. Antara aktiviti yang memberi kesan hingga sekarang ialah mengaji Al-Quran pada waktu malam. Apabila Ustaz Zamri berpindah ke Kuantan, jadual mata pelajaran Pendidikan Islam diuruskan sepenuhnya oleh beliau. Dalam masa yang sama beliau adalah guru J-QAF. 2 tahun, bayangkan seorang guru agama dan J-QAF untuk Tahun 1 hingga 6. Masa jadual waktu hingga 49 waktu. RPH lagi.

Orang luar mungkin cakap, “alah……murid 10 orang jer….”. Hmmm…. Tapi takper. Pengalaman itu lebih bermakna.

Kini tiba masa beliau berpindah ke tempat baru. Telah ditakdirkan demikian. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Tiada lagi yang akan mengajar mengaji pada murid-murid di waktu malam. Hilangnya tiada ganti.

Peribadinya dan sebagai penulis blog sekolah ini, memohon maaf sekiranya sepanjang perkenalan dan bertugas di sini, ada yang terguris secara sengaja atau pun tidak sengaja. Jika terdapat gambar-gambar ostaz yang dirasakan tidak sesuai di dalam blog dan facebook, boleh memohon untuk dipadamkan.

Akhir kata, warga sekolah mengucapkan selamat maju jaya. Terima kasih pada Uder yang sponsor kek yang sedap ini. Open-mouthed smile

DSC01048

DSC01051

DSC01053

DSC01055

DSC01056

DSC01067

DSC01069

DSC01071

DSC01072 copy

Saturday 10 January 2015

Kerjasama Penduduk Kg. Telok Berhala Memotong Pokok Tinggi yang Berpotensi Tumbang

Sebelum ini sudah ada rumah-rumah penduduk yang musnah akibat cuaca buruk yang melanda. Ada rumah yang dihempap pokok. Ada bumbung yang diterbang angin. Sekolah pun tidak terkecuali. Oleh yang demikian, penduduk telah mengambil langkah awal menebang pokok-pokok tinggi yang berhampiran kediaman dan premis kerajaan bagi mengelakkan dihempap pokok. Cikgu-cikgu juga terlibat. Sekadar termampu.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas sikap prihatin masyarakat terhadap keselamatan sekolah.

DSC01031

DSC01032

DSC01033

DSC01034

DSC01037

DSC01038

DSC01039

DSC01040

DSC01042

DSC01044

DSC01046

Perjumpaan Santai Unit Kurikulum bagi Tahun 2015

Esok, 11 Januari 2015, akan bermulanya sesi persekolahan yang baru. Unit Kurikulum yang dipegang oleh Cikgu Izam mengadakan sedikit perjumpaan santai bagi refresh balik perkara-perkara berkaitan untuk hari pertama persekolahan esok. Di samping itu, dapat bersuaikenal dengan GB baru iaitu Cikgu Nordin bin Abd Rahman. Mungkin ada yang dah berjumpa dan ada yang belum.

Mesyuarat rasmi bagi Unit Pengurusan, Kurikulum, HEM dan Ko-Ku akan diadakan pada 12 Januari 2015.

Antara perkhabaran menarik ialah, sepatutnya ada seorang guru baru yang akan bertugas di SK Pulau Aur. Dari SK Mersing Kanan. Tapi pada hari kami di hantar pulang, macam tak ada pun. Mungkin segan kot. Its ok…!!!

Cerita lain seperti, Cikgu Fizri SK Pemanggil bertukar ke Batu Pahat. Nama sekolah beliau tak ingat. Tahniah…!!! Tidak lupa pada Cikgu Hafiz aka Mat Pit juga dapat bertukar ke negeri kelahiran beliau iaiatu Kedah. Cikgu Syafik SK Pulau Tinggi diarahkan bertugas di SK Tanah Abang. Hmmmm…….tak mohon tapi dapat tukar. Rezeki…!!! SK Pulau Sibu kekal seperti biasa. Juga tahniah.

Bila ada guru keluar, ada yang dapat masuk. SK Pulau Tinggi menerima seorang ustaz. SK Pulau Aur pun dapat seperti yang dikatakan di atas. Opsyen BI.

Dengar cerita, 20 Januari akan dapat lagi guru baru. Guru-guru yang baru keluar maktab. Kita tunggu siapa yang bakal ke sini. Hihihihihi……..

DSC01024

DSC01026

DSC01027

DSC01028

Friday 9 January 2015

Memulakan Sesi Persekolahan 2015

09 Januari 2015, Jumaat….. Guru-guru pulau bergerak pulang ke pulau masing-masing dengan menggunakan feri Bluewater. Perjalanan bot hari ini bermula dengan Pulau Sibu, Pulau Tinggi, Pulau Pemanggil dan akhir sekali Pulau Aur.

Hujan turun tidak berhenti sejak semalam. Masa proses memuat naik barang-barang ke dalam feri pun masih hujan.

Jom layan beberapa keping gambar yang tidak seberapa ini…….guna henset jer…..

IMAG2114

IMAG2117

IMAG2119 copy

IMAG2122