Sunday 17 May 2015

Sambutan Hari Guru ke 44 di SK Pulau Aur

s e l a m a t h a r I g u r u

Tema :

GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

Kami mengadakan barbeku pada malam sebelum sambutan hari guru. Acara ini di sponsor oleh Kebiru SKPA. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dengan seadanya.

DSC04597

DSC04599

DSC04600

DSC04615

Keesokkan harinya, 17 Mei,  acara bermula. Seperti kelazimannya, majlis perhimpunan mingguan. Nyanyian lagu patriotik dengan penambahan lagu Guru Malaysia. GPK Pentadbiran membacakan perutusan daripada Menteri Pendidikan Malaysia.

Selesai perhimpunan, guru dan murid menukar pakai. Acara pertama ialah senamrobik yang kendalikan oleh Cikgu Zuraidie. Selesaikan acara memanaskan badan, acara futsal antara guru dan murid. Guru perlu memakai kain pelekat dalam permainan ini.

Berehat sebentar sebelum menyambung dengan acara Mengarang Sempena Hari Guru. Semua murid mengambil bahagian mengarang mengenai Hari Guru.

Selepas rehat, aktiviti membuat kad ucapan Hari Guru. Murid-murid akan membuat kad ucapan dan akan menyerahkan kad tersebut pada guru yang mereka ingini. Acara yang paling ditunggu-tunggu ialah persembahan murid. Seriusly, sangat tersentuh. Hihihihi…… Murid menyampaikan lagu dan deklamasi sajak.

Acara terakhir ialah karaoke. Acara ini mendapat sambutan guru dan murid. Alhamdulillah.

DSC04623

DSC04632

DSC04633

DSC04635