Saturday 4 July 2015

Iftar SKPA 2015

Anjuran : Panitia Pendidikan Islam

Tarikh : 04 Julai 2015

Keterlibatan : Guru-Guru, Murid-murid dan seluruh masyarakat setempat.

Seawal jam 4 petang, guru-guru yang terlibat mula menyediakan peralatan memanggang ayam, menyusun atur meja dan kerusi, membersihkan pinggan mangkuk dan pelbagai lagi yang difikirkan perlu.

Jam 6.30, sesi bergambar dan bergerak ke masjid. Sebelum berbuka, diadakan sedikit majlis tahlil dan doa selamat. Majlis dipimpin oleh Ustaz Hamzah. Alhamdulillah, semua penduduk pulau turut menyertainya.

7.15, azan Maghrib dilaungkan oleh bilal Pak Hussain menandakan waktu berbuka dan solat. Sebelum solat, berbuka dengan kuih muih.

Selesai solat, semua bergerak ke bilik makan sekolah untuk jamuan.

Majlis selesai sebelum Isyak.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis.

DSC09675 copy

DSC00387

DSC09680

DSC09682

DSC00391

DSC00392