Sunday 23 August 2015

Bulan Kemerdekaan 2015 : Pertandingan i-Think

Aktiviti di dalam bulan kemerdekaan diteruskan lagi dengan pertandingan i-Think. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan dibimbing oleh seorang guru. Guru akan menyediakan maklumat berkaitan sejarah kemerdekaan dan murid perlu menterjemahkannya dalam bentuk i-Think. Setiap kumpulan diminta menyediakan 3 jenis i-Think.

Kumpulan Cikgu Alshaddad memenangi pertandingan ini. TAHNIAH!!!

DSC00410

DSC00411

DSC00412

DSC00413

DSC00414

Bulan Kemerdekaan 2015 : Explorace Merdeka

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Ada kumpulan Merah, Kuning, Biru dan Putih. Terdapat 6 task point dan semua kumpulan perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan. Tugasan murid diberikan dalam satu surat di mana didalam surat tersebut terdapat klu. Semua tugasan adalah berkaitan dengan patriotisme. Kumpulan Merah memenangi aktiviti ini. Tahniah…!!!

DSC01212

DSC01215

DSC01217

DSC01219

DSC01221

DSC01226

DSC01228

DSC01230

Bulan Kemerdekaan 2015 : Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SKPA

Tema Kemerdekaan 2015 : SEHATI SEJIWA

Majlis dimulakan dengan kata aluan dari Pengerusi Majlis iaitu adik Muhammad Haiqal bin Zuraidie. Ustaz Hamzah dijemput bagi bacaan doa agar kemakmuran tanah air terpelihara dan kita semua rakyat cekal menghadapi ujian bersama-sama.

GPK HEM seterusnya mengumumkan aktiviti-aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan ini. Akhir sekali, ucapan oleh GPK Pentadbiran dan merasmikan Bulan Kemerdekaan peringkat SK Pulau Aur 2015.

Sebelum bersurai, nyanyian lagu-lagu patriotik dinyanyikan bersama-sama.

DSC01201

DSC01199

DSC01200

DSC01203

DSC01202

DSC01204

DSC01207

DSC01209

DSC01210

DSC01211

Friday 21 August 2015

Kunjung Bantu dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPN)

Tarikh : 19~20 Ogos 2015

Ucapan terima kasih kepada

Datin Che Normadiah binti Hj Che Abbas, Ketua Penolong Pengarah

Mohd Roselan bin Abu Hasan, Pegawai Teknologi Pendidikan

Muhamad Nazery bin Mat Nor, Pegawai Teknologi Pendidikan

Khairil Firmansyah bin Anuar, Pegawai Teknologi Pendidikan

Pn. Rosnah binti Samsuddin, Juruteknik Komputer

Pihak Vendor

atas kunjung bantu ke SK Pulau Aur. Segala sumbangan dan tunjuk ajar dari pihak tuan/puan, amat-amat dihargai.

DSC01064

DSC01065

DSC01067

DSC01069

DSC01070

Sunday 16 August 2015

Meraikan Ustaz Hamzah ke Batu Cina

Kelapangan masa pada hujung minggu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti berfaedah. Kali ini, seperti kelaziman, membawa mana-mana guru baru untuk mendaki Batu Cina.

Ustaz Hamzah merupakan guru baru yang dipostingkan di SK Pulau Aur Januari yang lalu. Bersama beliau ialah Ustaz Khair. Oleh itu, trip kali ini, kami cuba membawa beliau mendaki mercu tanda pulau ini.

Dalam masa yang sama, sempena bulan kemerdekaan, kami berharat mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri di puncak Batu Cina tersebut. Untuk projek atau idea tersebut, kreadit kepada Ustaz Wan Afifudin dan Wan BlueWater.

Untuk kisah tersebut klik di sini