Monday 18 April 2016

Penyu Mendarat

Pagi tadi penduduk Pulau Aur menemui seekor penyu yang sedang naik ke tepi pantai untuk bertelur. Lokasi penemuan ini adalah di Teluk Palas.

Gambar ini adalah dari individu yang menjumpai penyu ini.




Saturday 16 April 2016

Di kala Air Bukit Sudah Kering, Air Laut Pun Boleh Digunakan

Mesti ada bertanya-tanya, apa motif cikgu-cikgu ni mengambil air laut tersebut?

Ok.....kita perjelaskan. Air ni adalah bertujuan untuk kegunaan di dalam bilik air. Dah 2 bulan lebih hujan tidak turun. Maka sumber air tawar dah berkurangan. Kalau dulu boleh mandi sehari 3 kali, sekarang, sehari sekali jer. Huhuhuhu...

Demi menjimatkan air, terpaksa la guna air laut yang membiru ini.

Tabah sungguh cikgu-cikgu di pulau ini mengharungi kehidupan di sini.

'Cikgu, buat la satu perigi kat sekolah tu.......', kata orang kampung takkala melihat aktiviti guru-guru mengangkut air laut.

Guru hanya mampu tersenyum sambil berjalan pulang. Hahahahaha....






Thursday 7 April 2016

Majlis Perpisahan Pn Rohaizai

Puan Rohaizai berkhidmat di SK Pulau Aur sejak Tahun 2010. Beliau telah berkhidmat di bawah 4 orang guru besar SK Pulau Aur iaitu En. Ishak bin Awang, En. Jasmi bin Abdul Kadir, En. Mohd. Sukhimi bin Md Shah dan En. Nordin bin Abd Rahman.

Tahun 2016, beliau berjaya dalam permohonan pertukaran. Tahniah diucapkan.

Semoga beliau terus sukses ditempat baru. Amin... Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan cemerlang beliau di sini. Jika terdapat sebarang kesalahan atau kecil hati sepanjang mengenali guru-guru sekolah, mohon kemaafan.





Tuesday 5 April 2016

Aktiviti Membersihkan 'Trek Aur Run 2016'

Pagi tadi bermesyuarat, petang terus buat marking trek.

Pada peringkat awal, terdapat elemen air dalam trek ini tapi gagal mendapat persetujuan majoriti guru-guru. Di samping itu, katanya terdapat ancaman obor-obor.

Tinjauan trek merentas desa mendapat bantuan daripada En, Hazrani yang pakar dan tahu selok belok jalan-jalan atau denai-denai yang sesuai dijadikan trek.

Bila acara berlangsung? Nanti.......





Monday 4 April 2016

Menyusuri Denai Membuat Saluran Air Baru

Fenomena yang setiap tahun berlaku. Tapi, tahun ini ia berlaku lebih awal. Melalui En. Hazrani, beliau menggerakkan anak-anak muda pulau dan guru-guru sekolah untuk bekerjasama membuat saluran air dari puncak bukit sana.

3 gulung getah paip telah digunakan.

Air ini adalah untuk kegunaan semua orang kampung dan sekolah.

Menurut orang kampung, dalam kawasan sekolah terdapat tapak bekas sebuah perigi. Beliau mencadangkan agar pihak sekolah membuat satu perigi bagi kegunaan sekolah. Pihak sekolah sepatutnya sudah bertindak mengadakan perigi tersebut kerana sedia maklum bahawa fenomena air kering ini saban tahun berlaku dan ia berlaku dalam jangka masa yang agak lama.