Saturday 22 October 2016

Projek Perigi, Pagar dan Tembok Tanah

Bot kargo Mutiara 6 tiba di jeti Kampung Teluk Berhala. Pekerja-pekerja yang terdiri daripada pemuda kampung mula memunggahkan barang.

Hujan pagi itu turun sederhana lebat.



Wednesday 19 October 2016

Proses Baik Pulih Panel Solar Hibrid TNB Pulau Aur

Sebelum nak mula, nak #tnb dulu......hihihihi.....

Seingat saya panel solar TNB ini sudah bermasalah sejak saya posting di sini pada tahun 2010. Mungki tahun-tahun sebelum ini pun dah problem.

Alhamdulillah.....pada tahun 2016 ini, pihak TNB telah membuat baikpulih. Projek ini dikatakan mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan. Wallahhualam....kita tunggu dan lihat jerlah. Itu kerja mereka yang pakar.

Untuk rekod, selepas panel solar tidak berfungsi dengan baik, generator TNB ini beroperasi sepenuhnya tanpa henti. Generator ini pernah mendapat penggantian pada tahun yang saya dah lupa. Hahahahaha..... Buat masa ini setiap Isnin dan Khamis, pada waktu siang, generator ini direhatkan sekejap.

Bot kargo untuk kerja-kerja ini sudah tiba semalam iaitu 18 Oktober 2016.






Saturday 8 October 2016

Hari Sukan Negara 2016


Sempena HARI SUKAN NEGARA 2016, pihak sekolah mengadakan 2 aktiviti. Aktiviti pertama senamrobik kemudian diikuti dengan sukan bola tampar.

Acara senamrobik di ketuai oleh Cikgu Abdul Hakim. Untuk rekod, beliau pernah mengetuai acara seperti ini di maktabnya dahulu dengan hadirin lebih kurang 1000 orang. Mmmmmm........ so, jika setakat ahli kurang 20 orang ni, mudah sahaja bagi beliau.

Alhamdulillah.....aktiviti sukan ini dihadiri oleh Tuan Guru Besar SKPA, En. Nordin. Beliau orang paling awal berada di court sambil menunggu kehadiran murid-murid. Beliau sangat prihatin dengan bertanyakan keadaan kesihatan murid dan bertanyakan adakah mereka bersarapan atau tidak.
Ok.....nak story panjang pun tak tahu. Kita layan gambar aktiviti sahaja.

Acara senamrobik bermula sebaik sahaja muzik dimainkan. Begitu rancak.

Ucapan terima kasih kepada adik Mohamad Syariz Ezuan kerana sudi menjadi jurufoto pagi ini. Adik Syariz Ezuan merupakan pengerusi Kelab Fotografi SK Pulau Aur 2016.






Jauh...

Dekat...