Tuesday 19 September 2017

Terima Kasih Cikgu Nordin

TERIMA KASIH CIKGU...!!!

Setiap yang datang tetap akan pergi. Yang baik dan indah tak selamanya kekal di tempat itu. Terima kasih Cikgu Nordin bin Abd Rahman atas jasa khidmat beliau menjadi Guru Besar di SK Pulau Aur. Mula bertugas di sini pada tahun 2015 hingga 2017.

Sepanjang khidmat di sini, beliau sangat-sangat bertoleransi dengan setiap kerenah dan masalah guru-guru. Bukan itu sahaja, beliau juga sangat mesra dengan masyarakat sekeliling walaupun terpaksa mendengar dan meghadapi pelbagai masalah.

Pastinya pertukaran beliau ke daerah yang dimohonnya sangat-sangat terasa kehilangan. Semoga cikgu Nordin terus berjaya di tempat baru beliau. Pastinya kenangan sepanjang bertugas di pulau yang jauh ini terus tersemat di hatinya.

TERIMA KASIH CIKGU....!!!


Tuesday 6 June 2017

Entry Terakhir

Damainya suasana desa
Tempat ku mencari ilmu
Pesan guru tak akan ku lupa
Tekun usaha jangan jemu

Kami hayati semua pelajaran
Penuh dugaan dan cabaran
Rukun Negara kami mengamalkan
Doa restu kami harapkan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong blog ini sejak ia mula dibina. Selain daripada minat saya, blog ini dibina atas idea Guru Besar Jasmi yang mahu sekolah ini dikenali. Katanya, manfaatkan internet yang ada walaupun kita hanya sekolah pedalaman. Tunjukkan kepada guru-guru baru bahawa sekolah pedalaman bukanlah teruk seperti yang digambarkan. Cuma ia sukar untuk diakses. Jadikan segala kekurangan yang ada sebagai satu cabaran.

Blog ini terus mendapat sokongan daripada guru besar lain yang silih berganti seperti Guru Besar Mohd. Sukhimi dan Guru Besar Nordin (guru besar sekarang).

Untuk kisah-kisah terbaru mungkin tidak akan dikemaskini di dalam blog ini. Mungkin barisan guru baru ada idea lain yang lebih baik.

Sedih. Ya...sangat sedih kerana tidak lagi bertugas di sekolah ini. Kenangan pahit dan manis di sekolah ini terlalu banyak. Kesal dan terkilan atas pertukaran ini. Saya insan normal yang fitrahnya begitu. Cuba untuk menerima dengan hati yang terbuka kerana perancangan Allah adalah yang terbaik. Bak kata seorang hamba Allah, ianya telah tertulis di Luh Mahfuz.

Akhir kata, saya mohon maaf sekiranya ada perkara-perkara yag terguris di hati pembaca samada secara langsung dan tidak langsung. Jika terdapat sebarang gambar anda yang tidak disenangi dipaparkan di alam blog ini, boleh mohon untuk dikeluarkan. Tidak lupa kepada barisan guru sepanjang saya bertugas di sekolah ini yang banyak memberi kerjasama. Untuk anak-anak murid kesayangan cikgu, sesi 2010 - 2017, kamu adalah kenangan indah.

tamat....

Thursday 25 May 2017

Majlis Pertukaran Guru-Guru SK Pulau Aur, SK Pulau Tinggi dan SK Peta dan Selamat Datang Kepada Ahli Baru Sekolah-Sekolah Pulau dan Peta

Ku sangka panas sampai ke petang. Rupanya mendung di tengah hari. Begitu jugalah pekerjaan kita. Kita ingatkan selamanya bertugas di sekolah tapi atas faktor-faktor keperluan, beralih juga. Owh....ini bukan pertukaran eg-Tukar ok. Hihihihi.....

Apapun, perancangan Allah adalah yang terbaik walaupun berat hati kita.

Majlis ini diadakan oleh akak-akak Pembantu Tadbir sekolah pulau dan Peta. Berikut adalah beberapa rakan guru yang terlibat dengan arahan pertukaran :

  • Cikgu Fitrizan bin Azizan dari SK Pulau Aur arahan pertukaran ke PPD Mersing
  • Cikgu N. Aniham bin Abdul Majid dari SK Pulau Tinggi arahan pertukatan ke PPD Mersing
  • Cikgu Zakaria bin Lamri dari SK Peta arahan pertukaran ke PPD Mersing
  • Cikgu Badrul Hisyam bin Bakerin dari SK Peta arahan pertukaran ke SK Tenglu
  • Cikgu Baharuddin bin Dahlan dari SK Peta arahan pertukaran ke SK Bandar T6, Kluang
Semoga lebih berjaya di tempat baru. Amin.

Pepatah Melayu mengatakan, patah hilang tumbuh berganti. Bagi mengisi kekosongan yang ada di sekolah-sekolah Peta dan pulau, berikut adalah cikgu-cikgu yang mengisi kekosongan tersebut.
  • Cikgu Norianto bin Ahmad Sukani dari SK Sri Mersing dilantik menjadi Guru Besar SK Peta menggantikan Cikgu Zakaria bin Lamri.
  • Cikgu Othman bin Taib dari SK LKTP Tenggaroh 6 dilantik menjadi Guru Besar SK Pulau Tinggi menggantikan Cikgu N. Aniham bin Abdul Majid.
Semoga dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan pedalaman.

Majlis dihadiri oleh beberapa rakan guru sekolah-sekolah pulau dan Peta.

Ucapan aluan 

Yang dirai 


Rakan-rakan 

Jangan sedih 







Terima kasih kepada kakak-kakak PT yang sudi mengadakan majlis ini. Kali ini tak ada gambar group kerana cikgu yang selalu ambil gambar adalah insan yang diraikan. Hahahahahaha.....

Friday 5 May 2017

Guru Baru ke SK Pulau Aur

Nama penuh, Muhamad Fareez Farhan bin Che Rosli. Berasal dari Bandar Kluang. Anak ke ___(rahsia)___. Mendapat pendidikan perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Major dalam Bahasa Inggeris. Single but not available. Jangan try ok.

Orangnya sangat senang didekati. Tidak loket dengan senyum yang comel. Takkala mendapat keputusan penempatan, beliau dengan teruja mencari maklumat berkaitan SK Pulau Aur di internet. Menurut Fareez, beliau banyak mendapat informasi dari dua laman sesawang iaitu skpulauaur.blogspot.my dan akukahtuah.blogspot.my.

Di samping blog, melalui applikasi instagram, beliau menghubungi Cikgu Mohd Syafiq dan Cikgu Tuah untuk mendapatkan lebih informasi. Katanya, gambar-gambar cikgu di pulau sangat cantik dan kelihatan gembira berada di sana.

Di tanya tentang perasaan, beliau pada mulanya tidak pernah mendengar nama Pulau Aur walhal beliau merupakan anak jati Johor. Beliau hanya pernah mendengar Pulau Pemanggil, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi. Dengan perasaan teruja dan ingin tahu yang mendalam, maka internet menjadi rujukan untuknya mencari maklumat. Alhamdulillah beliau berjaya dan tidak sabar untuk mengajar di sekolah pedalaman 3 ini. Beliau menanam semangat untuk menjadikan ini pengalamannya yang terbaik.

Daripada kisah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa laman sosial seperti blog ini banyak memberi manfaatnya dari segi informasi dalam konteks dunia pendidikan.

Bot seawal jam 5 pagi dari jeti Mersing tidak mematahkan semangat cikgu Fareez. Dengan iringan doa ibu dan bapa, cikgu Fareez belayar membelah laut gelap menuju ke Pulau Aur.

Di jeti Teluk Berhala, ketibaannya dinanti-nantikan oleh Cikgu Mohd Syafiq dan Ustaz Wan. Kedatangannya telah dimaklumkan oleh Guru Besar, Encik Nordin. Melihatkan senyuman dan keramahan Cikgu Mohd Syafik dan Ustaz Wan ketika menyambut kedatangannya beliau, maka tidak salahlah pepatah, tak kenal maka tak cinta. Mungkinkah hatinya sudah terpaut di Pulau Aur.

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada Cikgu Fareez. Diharapkan keberadaan Cikgu Fareez di SKPA ini dapat memberi impak positif kepada kemenjadian anak murid sekolah. Sekolah mengalu-alukan kedatang cikgu.





*Gambar ihsan dari Ustaz Wan

Tuesday 14 March 2017

Mesyuarat PIBG SK Pulau Aur ke 50

Sesi mesyuarat PIBG pagi ini bermula pada jam 8.30 pagi. Ibu bapa membuat pendaftaran.

Pengacara tetap majlis iaitu Cikgu Syafiq memulakan bicara dengan menjemput ustaz Abdul Khair untuk bacaan doa.

Guru Besar, Cikgu Nordin seterusnya dijemput untuk memberi ucapan alu-aluan. YDP PIBG, En Shapie seterusnya merasmikan mesyuarat PIBG ke 50.

Sesi mesyuarat dimulakan. En, Abd Hapas dan En. Shafie adalah antara ibubapa yang ke hadapan untuk memberikan cadangan.

Acara dilanjutkan dengan penyampaian bantuan kewangan persekolah kepada ibubapa murid.

Terakhir sekali ialah cabutan bertuah.

Sedikit jamuan menanti para tetamu di bilik makan. Semua dijemput.






Sunday 12 March 2017

LDP Semakan KSSR Tahun 1 2017






Pra Segak

Berikutan esok bakal diadakan ujian SEGAK, maka hari ini diambil sedikit masa dan ruang untuk membawa murid-murid ke Klinik Desa Pulau Aur untuk ukur tinggi dan berat murid.

Guru Pengiring dan Guru Besar turut mengambil peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Syabas...!!!








Tuesday 7 March 2017

Pemasangan VLE Frog Appliance

Sepertimana yang telah diketahui, pemasangan Frog Appliance ini telah tertangguh sejak Oktober 2016. Akhirnya, dalam bulan Mac 2017, kerja-kerja ini disambung kembali.

Kerja-kerja pemasangan ini diiringi oleh pegawai-pegawai dari BTPN dan PKG Bandar Mersing.

Ketibaan





Pengujian sukses

Pengujian dilakukan dan sukses. Namun demikian Guru ICT masih rasa was-was dan ujian ini akan dilakukan dari masa ke semasa.

Secara lumrahnya pengujian adalah sukses semasa adanya kontraktor dan pakar-pakar ICT. Tapi bila diuji dalam pdp, bermacam-macam masalah. Itu normal.

Thursday 16 February 2017

Pertukaran Guru, Cikgu Fitrizan ke PPD Mersing

Mula berkhidmat di sekolah ini pada 4 Januari 2010.
Tarikh akhir bertugas di sekolah ini pada 16 Februari 2017 (ikut surat).

Kejohanan Merentas Desa SKPA 2017

Berbanding tahun-tahun sebelum ini, acara ini diadakan agak lewat atau selepas cuti pertengahan tahun. Tapi tidak pada tahun ini. Di bawah pengurusan GPK Ko Ku yang terurus ini, beliau dengan lantang untuk diadakan seawal mungkin.

Disebalik raut wajah yang ensem itu terdapat ketegasan dalam melaksanakan tugas. Baiklah, acara dimulakan dengan sedikit taklimat ringkas. GPK Kurikulum dijemput memberi sepatah dua kata mewakili Guru Besar. Walaupun Guru Besar tiada ketika ini, beliau tetap bermesej bertanyakan progres dan kelangsungan acara. Dalam bahasa enggeris, caring.

Ucapan GPK Ko Ku pastinya tidak terlepas pandang. Dalam setiap bait ucapannya, membangkitkan semangat murid-murid. Ayuh kita bersukan demi kesihatan sejahtera.


Selesai ucapan dan doa (Ustaz Hamzah), acara senamrobik ala-ala zumba dimulakan sebagai pemanas badan. Satu lagi perubahan yang dilakukan oleh GPK Ko Ku ialah acara ini diuruskan sendiri oleh murid-murid. No more teacher at the front to conduct. Semua langkah-langkah diilhamkan oleh murid-murid tapi dibantu oleh guru. Itu wajid la. Beat-beat muzik merancakkan suasana dan meningkatkan adrenalin.



Ikon sekolah













Setiap peserta diberikan nombor bagi memudahkan pengurusan pengadilan. Ok, mungkin ada yang bertanya, perlu ke nombor dengan bilangan murid yang sedikit? Adakah ia relevan? Mmmmm.......malas nak jawab. Hahahahahaha.....

Sama juga kitakan selalu dengar statement, "Murid-murid kalua tak pandai tak tahu la cikgu-cikgu buat apa. Seorang murid, seorang guru".

Statement tu boleh disamakan dengan, jika maka ayah dia seorang guru dan bijak pandai, belum tentu anak dia pun pandai macam mereka.

Korang pernah dengar atau baca bahawa Prof. Ungku Aziz pernah mengambil seorang anak angkat untuk menjadikan dia bijak pandai. Tapi apa jadi? Haaaaaaaaaa..............so nextime baca dulu buku pendidikan, Faktor Perkembangan Kanank- Kanak. Hahahahahahaha.....

Berikut adalah senarai nama murid yang menyertai kejohanan ini.

Tahap 1
Yasmin Raihanah
Muhammad Shafazaifan
Sharul Aiman

Tahap 2
Muhamad Irfannabihan
Mohamad Syariz Ezuan
Muhammad Haminal Syawal
Azrinna