Wednesday 4 January 2017

Hari Pertama Persekolahan SK Pulau Aur 2017

Allhamdulillah....perjalanan pulang guru-guru ke Pulau Aur berjalan dengan lancar semalam. 2 hari guru-guru terkandas di Mersing akibat cuaca buruk.

Hari ini sesi persekolah tahun 2017 bermula.

Enrolmen murid dan guru bagi sesi 2017 adalah seperti berikut :

Guru Lelaki   :   10
Guru Perempuan   :   1
Murid Lelaki   :  6
Murid Perempuan   :  3







Tuesday 3 January 2017

Guru Guru SK Pulau Aur Pulang ke Pulau Aur

Hmmmm.... berita tentang penangguhan hari pertama persekolahan di sekolah-sekolah pulau telah diumumkan oleh pihak lebih berautoriti.


Dalam pada itu, arahan penempatan semetara juga telah dikeluarkan. Guru-guru pulau ini diarahkan bertugas di beberapa sekolah berdekatan sementara menunggu kebenaran dari pihak laut negeri Johor. Boleh rujuk di sini.

Sementara menunggu itu, Guru Besar SKPA telah meminta pertolongan Cikgu Mohd Izam mendapatkan bot yang sesuai untuk perjalanan balik. Bot yang tahan lasak, selesa dan selamat mengharungi laut.

Alhamdulillah....berjaya menemui bot. Perjanjian dibuat dengan tekong bot. Tekong bot setuju, pihak sekolah pun setuju dengan tawaran harga. Ke dua-dua setuju. Maka 3hb, jam 9.00 pagi, semua kena dalam bot.

Walaubagaimana pun, kebenaran pihak berkuasa adalah satu yang wajib dipatuhi. Sekiranya pihak meteorologi dan Jabatan Laut memberi kebenaran pada 3hb tersebut, maka bergeraklah kami.

Pada hari yang telah ditetapkan, kami pun berkumpul seawal pagi di bot bagi proses loading barang ke dalam bot.

Perjalanan kami ke pulau pagi ini mendapat kebenaran pihak laut. Tuan PPD, meluangkan masa pagi ini, Beliau datang ke jeti untuk melihat proses perjalanan kami pulang. Pendek kata, sokongan moral.














Monday 2 January 2017

Guru Guru SKPA Bertugas di SK Sri Mersing

Berikutan cuaca yang tidak baik maka guru-guru sekolah pulau di tempatkan di beberapa sekolah di daerah Mersing ini. Disebabkan saya bertugas di SK Sri Mersing, maka entry kali ni lebih kepada sekolah ini sahaja.

Satu pengalaman yang jarang-jarang diperolehi. Jika sebelum ini kami berhadapan dengan 13 orang murid sahaja, di sekolah ini lebih dari 500 orang murid jika saya tidak salam membilang. Ada guru-guru SK Pulau Aur diberi tugas memasuki kelas di sini untuk menjalani PdP.

Alhamdulillah.....Guru Besar dan guru-guru sekolah ini menerima baik kehadiran kami selama 2 hari. In shaa Allah, esok kami akan berangkat pulang ke pulau. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbiran atas layanan baik. Ingatlah kami dalam doa kalian. Eh...!!! Hahahahahaha...gurau jer.

Datang awal sangat

Intai eeekkk...!!!




Murid Tahun 1 sedang transisi