Showing posts with label 04 Unit HEM. Show all posts
Showing posts with label 04 Unit HEM. Show all posts

Sunday, 4 September 2016

Penyampaian Hadiah bagi Aktiviti Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2016

Seperti yang diketahui dalam entry sebelum ini, pada 30hb Ogos yang lalu telah mengadakan beberapa aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Maka pada hari ini berlangsunglah majlis penyampaian hadiah kepada peserta-peserta yang telah menyertai.

Dengan berbesar hati, Pengerusi majlis, Cikgu Mohd Syafiq menjemput GPK Ko-Ku, Cikgu Wan Muhamad Afifudin bagi menyempurnakan penyampaian hadiah.




Kumpulan Bravo, tempat ke tiga

Kumpulan Perwira, tempat ke dua

Kumpulan Warisan, tempat pertama

Pemenang pertandingan mewarna

Wednesday, 9 September 2015

Bacaan Yasin sepanjang 3 Hari UPSR 2015

Merupakan idea dari Tuan Guru Besar untuk mengadakan bacaan Yasin setiap hari di waktu pagi bermula jam 7:15 – 7:30 pagi sepanjang 3 hari UPSR. Ini adalah langkah terakhir(tawakal) setelah segala usaha murid-murid Tahun 6. Di samping itu, ini juga adalah untuk memohon kepada Allah agar calon-calon UPSR dipermudahkan dalam menghadapi UPSR.

Semoga doa guru-guru dan adik-adik ini diperkenankan oleh-Nya. Amin…

DSC00701 copy

DSC00703 copy

Sunday, 6 September 2015

Penyampaian Hadiah Bagi Aktiviti Bulan Kemerdekaan 2015

Majlis penyampaian hadiah ini disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKPA, En. Nordin bin Abd Rahman.

Terima kasih kepada semua guru-guru dan para pekerja yang menjayakan Bulan Kemerdekaan. Tahniah pada semua pemenang.

DSC00628

DSC00622

DSC00617

DSC00616

Thursday, 3 September 2015

Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Restu Ilmu UPSR

UPSR tinggal beberapa hari sahaja lagi. Segala usaha telah dijalankan. Kini pada Allah sahaja kita berserah. Semoga anak murid Tahun 6 SK Pulau Aur tahun ini dapat menjawab dengan baik dan dipermudahkan oleh Nya. Amin…

Majlis diadakan di surau sekolah.

DSC00417 copy

DSC00420 copy

DSC00426 copy

DSC00430 copy

DSC00432 copy

DSC00433

Sunday, 23 August 2015

Bulan Kemerdekaan 2015 : Pertandingan i-Think

Aktiviti di dalam bulan kemerdekaan diteruskan lagi dengan pertandingan i-Think. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan dibimbing oleh seorang guru. Guru akan menyediakan maklumat berkaitan sejarah kemerdekaan dan murid perlu menterjemahkannya dalam bentuk i-Think. Setiap kumpulan diminta menyediakan 3 jenis i-Think.

Kumpulan Cikgu Alshaddad memenangi pertandingan ini. TAHNIAH!!!

DSC00410

DSC00411

DSC00412

DSC00413

DSC00414

Bulan Kemerdekaan 2015 : Explorace Merdeka

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Ada kumpulan Merah, Kuning, Biru dan Putih. Terdapat 6 task point dan semua kumpulan perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan. Tugasan murid diberikan dalam satu surat di mana didalam surat tersebut terdapat klu. Semua tugasan adalah berkaitan dengan patriotisme. Kumpulan Merah memenangi aktiviti ini. Tahniah…!!!

DSC01212

DSC01215

DSC01217

DSC01219

DSC01221

DSC01226

DSC01228

DSC01230

Bulan Kemerdekaan 2015 : Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SKPA

Tema Kemerdekaan 2015 : SEHATI SEJIWA

Majlis dimulakan dengan kata aluan dari Pengerusi Majlis iaitu adik Muhammad Haiqal bin Zuraidie. Ustaz Hamzah dijemput bagi bacaan doa agar kemakmuran tanah air terpelihara dan kita semua rakyat cekal menghadapi ujian bersama-sama.

GPK HEM seterusnya mengumumkan aktiviti-aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan ini. Akhir sekali, ucapan oleh GPK Pentadbiran dan merasmikan Bulan Kemerdekaan peringkat SK Pulau Aur 2015.

Sebelum bersurai, nyanyian lagu-lagu patriotik dinyanyikan bersama-sama.

DSC01201

DSC01199

DSC01200

DSC01203

DSC01202

DSC01204

DSC01207

DSC01209

DSC01210

DSC01211