Showing posts with label 08 Aktiviti bersama SKPA. Show all posts
Showing posts with label 08 Aktiviti bersama SKPA. Show all posts

Tuesday, 4 October 2016

Hari Terakhir Our Touch Community di Pulau Aur

Yang bermula pasti ada akhirnya. Setiap yang dibuka pasti ada penutupnya. Yang hidup pasti menghadapi mati. Yang kekal hanyalah Allah s.w.t.

Rela atau tidak harus hadapi jua...

Bertemu dan perpisahan
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Moga panjang umur kita akan jumpa lagi
Jika salah dan silap harap dimaafkan
Moga berkat aman dapat diabadikan
Segala kenangan tidak akan dilupakan
Tersimpul erat dalam ingatan berkekalan

Bertemu dan perpisahan
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga panjang umur kita berjumpa lagi




Sunday, 2 October 2016

Hari Ke Tiga Laskar Pelangi di Pulau Aur oleh Our Touch Community

Tidak terlambat sekiranya saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1438. Semoga tahun ini lebih mendapat Rahmat dari Allah di samping kita lebih banyak bersyukur atas Rahmat yang telah sedia diberikan oleh Maha Kuasa. Amin....

Hari ni Ahad. Cuti berganti bagi negeri Johor di mana 1 Muharram telah jatuh pada hari Jumaat. Hari ini juga merupakan hari terakhir bagi sukarelawan menjalankan aktiviti yang dirancangkan oleh mereka. Alhamdulillah....dalam kepayahan sumber air, tidak sedikit pun tekad dan semangat mereka luntur untuk berbakti kepada masyarakat Pulau Aur.

Dalam banyak-banyak team sukarelawan, team yang diketuai Cik Diana paling sibuk. Sibuk membuat pemeriksaan mata penduduk. Sepanjang 3 hari berturut-turut, ada sahaja penduduk kampung yang datang memeriksa mata. Cermin mata pula diberi percuma.

Team lain tak sibuk ker? Alolololo.....semua sibuk dan memainkan peranan. Saja gurau.....



Dalam masa yang sama, sukarelawan bersama-sama murid sedang membuat mural. Satu mural bermotifkan pokok dan satu lagi mural Our Touch sendiri. Yang mural Our Touch tu memang dah tahu melambangkan sukarelawan. Tapi yang pokok ni saya cuba mendalami motif disebalik imej pokok dengan dedaunan yang berguguran tersebut.

Masih berfikir...............................................

Mula...






Saturday, 1 October 2016

Hari Kedua Laskar Pelangi di Pulau Aur oleh Our Touch Community

Selamat pagi...

Semalam masa sedang melayan filem Laskar Pelangi, diberitahu yang esok pagi ada aktiviti mendaki bukit di Pulau Dayang. Aktiviti turut disertai oleh murid-murid dan orang kampung.

Macam biasa, sukarelawan dan murid-murid  bersarapan dahulu di kedai Kak Ngah Norli. Sambil makan tu ada yang sempat lagi berfoto. Itu dalam keadaan talian internet terputus. Kalau ada talian internet, pastinya penuh dengan gambar-gambar Pulau Aur di media sosial. Hihihihi...

Sebelum bertolak, murid-murid berkumpul, beratur dan menyanyikan lagu Negara Ku, Bangsa Johor dan Lagu Sekolah.

Seterusnya sesi memilih buddy. Murid-murid diberi pilihan memilih kakak atau abang sebagai buddy mereka untuk aktiviti mendaki ini.




Jam 0830 lebih, kami berjalan menuju ke jeti. 2 buah lopek sudah sedia menunggu. Aktiviti mendaki diketuai oleh Encik Fadli. Anak jati pulau ini.





Tour guide

Friday, 30 September 2016

Hari Pertama Laskar Pelangi di Pulau Aur oleh Our Touch Community

Ok.....tarik nafas....hembussssss......tariiikkkkkk.....hembuuuussssss......

Kenapa? Kenapa macam tu sekali ngeluhnya? Hahahahahahaha.... Tak ada apa-apa. Saja jer. Sedang fikirkan bagaimana nak mula entry kali ni.

Program ini merupakan satu anjuran pihak NGO iaitu Our Touch Community. Siapakah mereka? Ok.....bagus soalan tu. Hmmmm......saya bagi jawapan skit jer sebab saya memang tidak tahu secara detail. Tapi asasnya, mereka ialah sukarelawan yang pergi ke pelusok dunia, mencari insan-insan atau masyarakat yang boleh mereka bantu. Sesiapa sahaja.

Melalui kenalan mereka, Ustaz Hairull Amin bin Sudarmo, mereka akhirnya membuat keputusan untuk ke Pulau Aur.

Satu mesyuarat telah diadakan oleh ustaz dengan pihak sekolah dan masyarakat kampung. Rujuk link ini.

Kenapa pihak sekolah terlibat? Ye....haruslah terlibat. Hahahahaha.... Sekolah dilihat sebagai satu institusi yang mampu mengubah paradigma insan melalui ILMU. Generasi muda inilah yang akan mengubah masa depan.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih tentang badan sukarelawan ini, layari laman web mereka di http://ourtouch.org.my/. Kat sini boleh tahu semua hal. Apa yang boleh saya katakan, mereka bukan biasa-biasa punya organisasi.

Lagi cerita menarik nanti kat bawah-bawah ok.

Sekarang ni kami masih sedang menunggu sukarelawan di jeti. Tak sabar rasanya. Menunggu sejak jam 1000 pagi.  20 minit kemudian, kelihatan 2 speedboat meluncur laju melintasi Pulau Dayang dan  ke jeti Kg. Teluk Berhala.

Laut tenang hari ini.






Hari ini Jumaat. Hari minggu bagi negeri Johor. Murid-murid memang telah dimaklumkan akan program ini. Seperti yang diberitahu semalam, mereka pun datang ke jeti dan beratur apabila melihat bot sukarelawan merapati jeti.

Mungkin mereka teruja.

Sukarelawan terdiri daripada 10 orang lelaki dan 15 orang wanita.






Cikgu Wan, GPK Ko Kurikulum mewakili sekolah

Dari jauh saya melihat sukarelawan ni sangat teruja takkala tiba di jeti. Masing-masing nak berfoto. Ada juga yang berselfie. Dari raut wajah mereka macam WOW dengan keindahan air di pulau ini.






Sebaik sahaja semua barang dinaikkan ke jeti dan semua sukarelawan sudah berkumpul, Ustaz Amin menarik perhatian mereka sebentar untuk memberi sedikit taklimat ringkas. Ustaz Amin memperkenalkan Abah Harun dan Cikgu Wan Afifudin yang akan menolong mereka dari segi logistik dan kemudahan lain. Pendek kata kerjasama.

Sedikit bacaan doa oleh Abah Harun (Imam Pulau Aur suatu masa dulu) sebagai memohon keberkatan dan melancarkan program.












Selesai meletakkan barang-barang, semua menuju ke khemah Abah Harun atau Kak Ngah Norli untuk sesi ta'aruf.

Ustaz Amin memulakan bicara dan diikuti murid-murid. Seterusnya akak-akak dan abang-abang sukarelawan.

Hasil ta'aruf ini, diketahui bahawa sukarelawan ini terdiri dari pelbagai latarbelakang dan kerjaya yang bukan calang-calang. Tapi paling ramai adalah dari kalangan guru. Ada juga software engineer, juruukur, doktor, arkitek, pelajar dan lain-lain. Paling muda sukarelawan ini berumur 12 tahun.

Dalam sesi ta'aruf ini akhirnya dapat kami berkenalan dengan Siti Hawa. Beliau merupakan ketua sukarelawan untuk kali ini. So banyak la perkara yang beliau kongsikan terutama objektif dan aktiviti-aktiviti yang bakal mereka jalankan. Tak mampu la saya nak catit semua di sini.

Satu perkara yang masih berlegar-legar di kala saya ialah LASKAR PELANGI. Apa itu LASKAR PELANGI? Moto program? Tema? Metafora? Signature? Atau satu impian? Takper, mereka ada banyak masa di sini. Kelak akan saya siasat untuk mengetahuinya. In shaa Allah...

Mungkin telah diterangkan oleh Ustaz Amin dalam mesyuarat tempoh hari di mana saya tidak menyertainya.




Sesi ta'aruf

Umur 12 tahun dah ada jiwa sukarelawan

Aktiviti bakal berjalan selepas solat Jumaat.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan selepas solat Jumaat tadi ialah membuat beg dari t-shirt terpakai. Sangat kreatif oleh akak-akak sukarelawan ini. Gambar? Owh....saya tak sempat sertai sebab agak kepenatan. Maka tak ada gambar.

Sebelah petangnya aktiviti bebas. Dikesempatan itu, para sukarelawan bermandi manda di tepi pantai. Ada juga beberapa sukarelawan ditugaskan mengangkut air di Teluk Sebukang.



Berkaitan masalah air ini, telah dimaklumkan kepada pihak sukarelawan sebelum mereka bersetuju untuk datang ke sini. Tapi bukan kesenangan yang mereka cari tapi membantu dan merasai kesusahan masyarakat setempat yang ingin mereka bantu dan rasai.

Kata Kak Hawa, money cannot buy experience.



Pada sebelah malamnya pula, selepas Isyak, diadakan wayang pacak.

Sebuah filem Indonesia yang bertajuk LASKAR PELANGI. Now I know and understand what is LASKAR PELANGI.

Korang nak tahu? Tonton la filem tersebut dan anda akan tahu.

Esok sambung lagi ok.