Bacaan Indeks Pencemaran Udara sekitar Johor tidak menunjukkan penurunan. Berikutan itu, sekolah-sekolah terus ditutup bagi menjaga keselamatan muid-murid.
Tuesday, 29 September 2015
Monday, 28 September 2015
Penutupan Sekolah Berikutan Jerebu
Berikutan jerebu yang semakin kritikal, pihak KPM mengarahkan sekolah-sekolah di Johor dan Melaka ditutup. Kenyataan rasmi adalah seperti dibawah.
Gambar adalah ihsan dari Wan Muhamad Afifudin.
Saturday, 8 November 2014
Krisis Air Di SK Pulau Aur
Krisis air berulang lagi. Saban tahun, krisis ini berlaku kerana ia merupakan pusingan alam semula jadi. Namun begitu, ini merupakan krisis air paling lama dan teruk berlaku. Sepanjang 4 tahun saya bertugas di sini, saya juga merasakan ini merupakan krisis paling lama.
Krisis air ni dah bermula sejak bulan Ramadhan lagi. Hujan sudah lama tidak turun. Sungai kelihatan semakin hari semakin susut airnya. Aliran air sungai belakang sekolah juga kelihatan semakin kurang. Beberapa kali air terputus ke rumah guru dan sekolah. Guru-guru akan naik ke Air Besar untuk mengadjust semula paip. Makin hari, Air Besar semakin surut.
Sumber air lain? Owh…..sekolah dan rumah guru memang tidak mempunyai sumber air lain selain daripada Air Besar. Kebanyakkan penduduk juga bergantung pada Air Besar tapi mereka ada sumber alternatif.
Saya sendiri dan beberapa orang guru pernah mengikut Abang Long, Zaki, Cikgu Izam dan Ustaz Amin (sekolah agama) pergi ke Teluran (belakang pulau) untuk melihat sumber air alternatif. Kelihatan sumber airnya juga semakin sedikit dan sukar untuk dihantar ke Kampung Telok Berhala.
Sehingga kini, kami terpaksa bercatu dan berjimat dalam penggunaan air. Pernah kami tidak mandi pagi. Hihihihi… Dah macam kais pagi mandi pagi, kais petang, mandi petang. Itu pun jika ada.
Kami berterima kasih kepada Abang Long and the geng masih berjuang mencari air. Kumpul dan agih kepada pihak sekolah.
“Cikgu, air tak ada ni. Jimat-jimat lah yer…..”
Hujan? Hujan sekali sekala turun tapi tidaklah cukup untuk memenuhi sungai. Jika hujan, itulah waktu kami mengisi ke dalam botol-botol untuk di simpan. Kami juga akan membasuh di kala hujan tersebut.
Tidak ada perigi ke? Perigi ada tapi bukan sekolah punya. Milik orang kampung. Itu pun mereka terpaksa sedut menggunakan mesin.
Thursday, 9 October 2014
Episod Terakhir UPSR 2014
Alhamdulillah, hari ini 09 Oktober 2014, menjadi hari terakhir bagi UPSR 2014. Kronologi, UPSR 2014 secara rasminya dijalankan pada 09 –11 September 2014. Namun begitu, belum sempat ujian habis dijalankan, pengumuman pembatalan Kertas Sains berikutan laporan kebocoran. Ia diikuti pula dengan Kertas Bahasa Inggeris. Tarikh baru ditetapkan pada 30 September bagi ujian ulangan kertas tersebut. Selang beberapa hari, diumumkan pula bahawa Kertas Matematik Kertas 1 dan Bahasa Tamil juga dilaporkan bocor dan tarikh 09 Oktober ditetapkan sebagai tarikh ujian ulangan.
Bagi pengawas peperiksaan di kawasan pedalaman, ini merupakan cabaran yang mungkin tersemat diingatan. Jika setakat Pulau Sibu dan Pulau Tinggi tu, mungkin masih ok. Inikan Pulau Aur yang agak jauh. Nak meredah laut bukan satu perkara yang mudah. Semoga jasa mereka di Rahmati Allah.
Antara perkara yang mendapat impak, pastinya kos. Kos bot, kos cetak kertas, kos tuntutan dan macam-macam kos lagi. Emosi? Hmmmm….mungkin.
Berkaitan perkara kebocoran ni kan, ada pendapat peribadi saya sendiri. Tapi……..mmmm….tak pelah. Hihihi……
Kepada satu-satunya calon UPSR 2014 SKPA, semoga berjaya dalam menjawab kertas ulangan ini dan memperolehi keputusan yang baik. Bilangan A bukan penentu kejayaan anda di masa depan. Yang penting dan akan menentukan perjalanan masa depan ialah ILMU. Penilaiannya adalah berapa banyak yang anda boleh sumbangkan kepada masyarakat kelak. Amin….