Showing posts with label UPSR 2016. Show all posts
Showing posts with label UPSR 2016. Show all posts

Thursday, 8 September 2016

4 Hari Beraktiviti bersama Pengawas-Pengawas Peperiksaan dan Lembaga Peperiksaan

Akhir-akhir ini Pulau Aur sering menjadi destinasi percutian para pelancong. Namun dek kerana kosnya yang dikatakan agak mahal, menjadikan ramai yang tidak berpeluang. 

Bagaikan Bulan jatuh ke riba, ini merupakan satu peluang dan rezeki buat pengawas-pengawas peperiksaan UPSR pada tahun ini. Mereka bertugas sambil menikmati keindahan pulau dan kehidupan masyarakat di sini yang jauh dari kesibukan kota.

Dikala masa yang terluang selepas waktu persekolah, warga sekolah membawa mereka berjalan-jalan sekitar Pulau Aur. Jom kita lihat aktiviti sepanjang mereka berada di sini.

Batu Cina
Batu Cina ini merupakan antara lokasi wajib bagi pelancong. Dari puncak batu ini dapat melihat ketenangan dan keindahan sang suria terbenam. Itu jika waktu petang mendaki. Jika mendaki waktu pagi, laut birunya sungguh mempesonakan. Tak percaya? Ok....takper. Tak paksa.








Ada yang gayat


Sunday, 4 September 2016