Monday, 11 November 2013

Majlis Khatam Al Quran

Program :
Majlis Khatam Al-Quran

Tarikh :
11.11.2013

Anjuran :
Panitia Pendidikan Islam & J-QAF

Alhamdulillah, harapan seorang datuk kepada seorang cucunya yang juga merupakan murid Tahun 5 SKPA tercapai apabila cucunya berjaya mengkhatam al-Quran. Murid yang diraikan ialah Ainul Munirah binti Alshaddad.

Sehari sebelum majlis, gotong royong a.k.a rewang dijalankan seperti sembelih ayam, cabut bulu ayam, masak menu-menu yang sepatutnya dan lain-lain.

Cikgu-cikgu sedang membuang bulu ayam






Membakar ayam


Di atas adalah cerita semalam. Seterusnya ialah cerita pada hari majlis. Majlis dimulakan dengan perarakan dari rumah Ainul menuju ke musollah Al-Hakim. Perarakan dikepalai oleh Imam Harun (B), datuk kepada Ainul. Bersama-sama dalam perarakan ialah murid-murid lain, guru-guru, ibubapa dan staff-staff SKPA yang lain. Sambil berarak, sambil berselawat kepada Rasulullah.

Bersiap-siap untuk perarakan














Majlis dimulai dengan aluan daripada pengacara majlis iaitu Cikgu Ahmad Nasafi. Susulan berikutnya adalah bacaan doa daripada Ustaz Mohamad Amir. Untuk pihak pengurusan sekolah, GPK Akademik, Cikgu Alshaddad memberi sepatah dua kata.






Sepatah dua dari GPK Akademik


Bacaan dimulai oleh bekas Imam Masjid Jamek Pulau Aur, datuk kepada adik Ainul. Beliau memulakan bacaan dari surah Dhuha dan seterusnya di sambung dengan bapa kepada adik Ainul, iaitu Cikgu Alshaddad, Ustaz Wan, Ustaz Amir dan adik Ainul sendiri. Turut sama di dalam majlis ini ialah ibu kepada adik Ainul iaitu Ustazah Hapizah dan saudara mara perempuan yang lain.



Rakan-rakan kepada adik Ainul





Adik Ainul yang diraikan
















Hadiah daripada seorang ayah kepada anaknya

Selesai majlis, semua yang hadir diminta menjamu selera jamuan ringan di Bilik Makan SKPA dan bersurai.










Sunday, 10 November 2013

Apa Helikopter Australia Buat di Pulau Aur?

Tengah hari tadi kedengaran sebuah helikopter sedang berlegar-legar di ruang udara Pulau Aur. Sekali imbas terus terfikir, tentera udara Malaysia yang mungkin sedang membuat latihan. Namun apabila acapkali berlegar dan lihat secara dekat, terdapat lambang Great Britain pada helikopter tersebut. Hmmmmm.....

Helikopter tersebut tidak mendarat tetapi hanya menurunkan penumpang dari udara sahaja. Pusingan pertama, 2 orang tentera telah diturunkan.







Selepas menurunkan 2 orang tentera tadi, helikopter tersebut beredar.

Lebih kurang sejam kemudian, kedengaran bunyi helikopter datang lagi. Di lokasi yang sama, kali ini, menurunkan 5 orang lagi tentera.


Sedang nak snap, lintas pula burung depan lensa...