Monday, 3 August 2015

Rumah Terbuka SKPA 2015

Anjuran: Panitia Pendidikan Islam

Tarikh : 03 Ogos 2015

Tempat : SK Pulau Aur

Aturcara majlis :

- Murid berkumpul di tapak perhimpunan.

- Ibu bapa / masyarakat mengambil tempat.

- Ucapan aluan Pengerusi Majlis, Ustaz Abdul Khair.

- Bacaan doa oleh ustaz Hamzah.

- Ucapan Guru Besar, Encik Nordin.

- Sumbangan duit raya oelh guru-guru dan Guru Besar.

- Selawat kepada Baginda Rasulullah s.a.w.

- Acara bergambar.

- Jamuan.

Majlis bermula jam 10 pagi hingga jam 1 petang.

DSC00029

DSC00625 copy

DSC00626

DSC00628

Sunday, 2 August 2015

Gotong Royong Membersihkan Tempat Pembuangan Sampah Sekolah

Pagi ini, guru-guru sekolah bekerjasama membersihkan kawasan pembuangan sampah yang kini kelihatan semakin daif. Kawasan pembuangan sampah ini beberapa kali mendapat teguran daripada pihak Pejabat Kesihatan Mersing dan Ketua Kampung. Tempat pembuangan sampah ini dikatakan berdekatan dengan sungai dan boleh mencemarkan aliran sungai.

Keadaan ini bertambah buruk apabila lembu dan gagak selalu datang menyepah-nyepahkan sampah ini.

Kaedah penyelesaian situasi ini adalah dengan pembinaan dinding bersimen bagi mengelakkan sampah terkeluar dari kawasan pembakaran.

IMAG3280 copy

IMAG3281 copy

IMAG3282 copy

IMAG3283 copy

Saturday, 4 July 2015

Iftar SKPA 2015

Anjuran : Panitia Pendidikan Islam

Tarikh : 04 Julai 2015

Keterlibatan : Guru-Guru, Murid-murid dan seluruh masyarakat setempat.

Seawal jam 4 petang, guru-guru yang terlibat mula menyediakan peralatan memanggang ayam, menyusun atur meja dan kerusi, membersihkan pinggan mangkuk dan pelbagai lagi yang difikirkan perlu.

Jam 6.30, sesi bergambar dan bergerak ke masjid. Sebelum berbuka, diadakan sedikit majlis tahlil dan doa selamat. Majlis dipimpin oleh Ustaz Hamzah. Alhamdulillah, semua penduduk pulau turut menyertainya.

7.15, azan Maghrib dilaungkan oleh bilal Pak Hussain menandakan waktu berbuka dan solat. Sebelum solat, berbuka dengan kuih muih.

Selesai solat, semua bergerak ke bilik makan sekolah untuk jamuan.

Majlis selesai sebelum Isyak.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis.

DSC09675 copy

DSC00387

DSC09680

DSC09682

DSC00391

DSC00392

Sunday, 17 May 2015

Sambutan Hari Guru ke 44 di SK Pulau Aur

s e l a m a t h a r I g u r u

Tema :

GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

Kami mengadakan barbeku pada malam sebelum sambutan hari guru. Acara ini di sponsor oleh Kebiru SKPA. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dengan seadanya.

DSC04597

DSC04599

DSC04600

DSC04615

Keesokkan harinya, 17 Mei,  acara bermula. Seperti kelazimannya, majlis perhimpunan mingguan. Nyanyian lagu patriotik dengan penambahan lagu Guru Malaysia. GPK Pentadbiran membacakan perutusan daripada Menteri Pendidikan Malaysia.

Selesai perhimpunan, guru dan murid menukar pakai. Acara pertama ialah senamrobik yang kendalikan oleh Cikgu Zuraidie. Selesaikan acara memanaskan badan, acara futsal antara guru dan murid. Guru perlu memakai kain pelekat dalam permainan ini.

Berehat sebentar sebelum menyambung dengan acara Mengarang Sempena Hari Guru. Semua murid mengambil bahagian mengarang mengenai Hari Guru.

Selepas rehat, aktiviti membuat kad ucapan Hari Guru. Murid-murid akan membuat kad ucapan dan akan menyerahkan kad tersebut pada guru yang mereka ingini. Acara yang paling ditunggu-tunggu ialah persembahan murid. Seriusly, sangat tersentuh. Hihihihi…… Murid menyampaikan lagu dan deklamasi sajak.

Acara terakhir ialah karaoke. Acara ini mendapat sambutan guru dan murid. Alhamdulillah.

DSC04623

DSC04632

DSC04633

DSC04635