Hmmmm.... berita tentang penangguhan hari pertama persekolahan di sekolah-sekolah pulau telah diumumkan oleh pihak lebih berautoriti.
Dalam pada itu, arahan penempatan semetara juga telah dikeluarkan. Guru-guru pulau ini diarahkan bertugas di beberapa sekolah berdekatan sementara menunggu kebenaran dari pihak laut negeri Johor. Boleh rujuk di
sini.
Sementara menunggu itu, Guru Besar SKPA telah meminta pertolongan Cikgu Mohd Izam mendapatkan bot yang sesuai untuk perjalanan balik. Bot yang tahan lasak, selesa dan selamat mengharungi laut.
Alhamdulillah....berjaya menemui bot. Perjanjian dibuat dengan tekong bot. Tekong bot setuju, pihak sekolah pun setuju dengan tawaran harga. Ke dua-dua setuju. Maka 3hb, jam 9.00 pagi, semua kena dalam bot.
Walaubagaimana pun, kebenaran pihak berkuasa adalah satu yang wajib dipatuhi. Sekiranya pihak meteorologi dan Jabatan Laut memberi kebenaran pada 3hb tersebut, maka bergeraklah kami.
Pada hari yang telah ditetapkan, kami pun berkumpul seawal pagi di bot bagi proses loading barang ke dalam bot.
Perjalanan kami ke pulau pagi ini mendapat kebenaran pihak laut. Tuan PPD, meluangkan masa pagi ini, Beliau datang ke jeti untuk melihat proses perjalanan kami pulang. Pendek kata, sokongan moral.