Thursday, 14 August 2014

Kunjungan Aidilfitri SKPA ke Rumah-Rumah Murid

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak sekolah tidak terlepas daripada mengadakan majlis atau program bagi memeriahkan bulan Syawal. Jika sebelum ini, majlis Aidilfitri diadakan di sekolah, tahun ini ada perubahan sedikit. Hasil mesyuarat, bersetuju bahawa pihak sekolah yang akan mengunjungi semua rumah ibu bapa murid-murid.

14 Ogos 2014, kami iaitu guru-guru dan murid-murid berkumpul di sekolah dengan berpakaian baju raya. Sesi pertama adalah bersalaman dengan guru-guru. Dapat duit raya lagi. Kemudian berfoto.

DSC05122 copy
DSC05149
DSC05152
DSC05156
DSC05157
DSC05158
DSC05159
DSC05160
DSC05161
DSC05162
SONY DSC
Kami berjalan menuju ke rumah paling atas terlebih dahulu iaitu rumah En. Abd Hapas, bapa kepada Muhammad Haminal Syawal. Kehadiran kami memang sedang dinanti-natikan oleh tuan rumah. Selesai berhari raya, kami menyumbangkan sedikit buah tangan kepada tuan rumah. Sedikit bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Amir, memohon kesejahteraan ke atas keluar tuan rumah dan seisinya.

Rumah kedua ialah rumah En. Shapie, bapa kepada Sharul Imran atau nama femesnya ‘Bujang’. Rumahnya bawah sedikit dari rumah Syawal. Rumah ketiga ialah rumah En. Hamdan, bapa kepada Mohamad Syariz Ezuan. Kedatangan kami disambut oleh ibunya iaitu Pn. Noridah. Langkah kami diteruskan dengan mengunjungi rumah yang berdekatan iaitu rumah En. J. Mizan, bapa kepada Azrinna. En. J. Mizan juga merupakan pekerja kebersihan di sekolah.

Bawah sedikit, kami ke rumah Pn. S. Kalijah, ibu kepada Nur Farida Hanum, murid Tahun 4 Pintar. Ini merupakan rumah ke lima. Walaupun baru ke lima, kekenyangan begitu terasa. Ada 3 buah rumah lagi yang perlu dikunjungi.

Seterusnya, kami balik ke kawasan sekolah. Rumah yang kami akan kunjungi ialah rumah Ustazah Hapizah, ibu kepada Ainul Munirah dan Kamarul Ariffin. Bapa mereka merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pulau Aur. Eh….! Hahahahahahaha…………

Sebelum meneruskan langkah ke rumah seterusnya, kami berehat dalam 10 minit. Ada yang nak ke bilik air. Katanya, perut dah penuh.

Ok, rumah seterusnya ialah rumah Pn. Melati, ibu kepada Muhammad Syamilfarish Haiqal. Murid Tahun 1 Cerdas.

Akhirnya, kami bakal ke rumah terakhir. Rumah terakhir ni, perlu menaiki bot. Kenapa? Kerana terletak di Pulau Dayang sana. Jacket keselamatan perlu dipakai sebagai langkah-langkah keselamatan. Rumah terakhir ini merupakan rumah En. Md Tahir, bapa kepada Muhammad Irfannabihan dan Muhammad Amzar Fikri.

Dengan itu, maka berakhirlah sudah program aidilfitri peringkat sekolah. Semoga program ini dapat mengeratkan lagi warga sekolah dengan ibu bapa murid-murid. Amin….. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dalam menyediakan juadah Hari Raya dikala krisis air melanda pulau ketika ini. Subhanallah…..semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki kepada kita semua.

Sunday, 10 August 2014

MERDEKA 57 : Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Pulau Aur 2014

Ok, semalam dah buat persiapan iaitu mengecat bendera. Hari ini, pagi ini, akan diadakan pelancarannya. Tapi pelancaran di sekolah kami ni tidaklah meriah dan tidaklah ada beribu-ribu murid. Hanya 10 rang jer. Hihihihihi…..

Majlis diadakan sebaik sahaja selesai perhimpunan pagi. Sebelum bermula, sedikit penerangan tentang perjalanan majlis oleh Cikgu Wan dan GPK HEM, Cikgu Muhamad Rahimeey.

Dalam majlis nanti, GPK HEM akan menarik tali dan bendera akan terbuka dari atas. Kemudian nyanyian lagu-lagu patriotik dinyanyikan dengan iringan muzik. Selepas itu, akan diadakan pula aktiviti melukis, mewarna, karangan dan beberapa lagi yang diolah bertemakan kemerdekaan.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Ustaz Wan kerana beliaulah tulang belakang acara. Jasamu di kenang. Terima kasih juga kepada guru-guru dan murid-murid. Tidak lupa kepada pekerja kebersihan.

SELAMAT HARI MERDEKA !!!

DSC05548

DSC05552

DSC05549

DSC05551

DSC05553

DSC05557

DSC05559

DSC05560

DSC05561

Saturday, 9 August 2014

MERDEKA 57 : Persiapan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Pulau Aur 2014

Bulan Ogos, bulan yang sinonim dengan satu hari atau peristiwa di mana negara kita Malaysia yang dulu dikenali Tanah Melayu, telah mencapai kemerdekaan. Tarikh 31 Ogos 1957, tarikh keramat negara Malaysia. Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman telah melaungkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tahun ini 2014, negara telah 57 tahun merdeka. Apakah hasil dari kemerdekaan tersebut? Tepuk dada, tanya hati. Satu ungkapan menarik yang MUNGKIN boleh difikirkan, JANGAN DITANYA APA SUMBANGAN NEGARA PADA ANDA, TETAPI, APA SUMBANGAN KITA BUAT NEGARA !!!

Generasi terdahulu telah berkorban demi generasi sekarang, yang sedang kita nikmati. Mungkin pada pendapat kita, ianya tidak seberapa. Syukur Alhamdulillah……… Oleh itu, marilah kita berjuang pula demi generasi anak-anak kita. Jadikan ianya lebih baik dari yang ada sekarang. Kita mungkin tidak akan merasainya, tapi sumbangkanlah demi anak-anak masa hadapan. Semoga amalan atau sumbangan itu, menjadi peninggalan dunia yang ganjarannya sampai kepada kita di kubur. Allah jua sebaik-baik pemberi ganjaran….. Amin….

SK Pulau Aur mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA yang ke 57 tahun. Semoga Allah, sentiasa melimpahkan Rahmat-Nya pada Bumi bertuah ini.

DSC05531

DSC05533

DSC05534

DSC05535

DSC05536

DSC05537

DSC05538

DSC05540

DSC05544

DSC05545

DSC05547

Wednesday, 23 July 2014

Hari Terbuka SKPA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selesai iftar semalam, hari ini, diadakan pula Hari Terbuka. Ibu bapa murid menghadirkan diri ke sekolah bagi mendengar dan berbincang perkembangan pendidikan dan sahsiah anak-anak mereka.