Monday, 28 March 2016

Ujian SEGAK

Dimulai dengan murid berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat daripada GPK Ko Kurikulum, En, Wan Muhamad Afifudin bin Wan Md. Saad. Murid-murid diberi edaran berkaitan perkara-perkara (task) yang akan dilalui oleh mereka. Seramai 8 orang murid akan menjalani ujian ini. 2 perempuan dan 6 lelaki.

Ini satu pengalaman baru bagi murid Tahun 4.

Ujian SEGAK ini turut mendapat perhatian GPK Pentadbiran dan GPK HEM yang sama-sama turun padang dan membantu melancarkan program. Terima kasih diucapkan kerana meluang masa takkala mereka sentiasa dihujani dengan tugas-tugas yang tak putus-putus.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada murid-murid dan guru-guru lain yang turut membantu.




Saturday, 5 March 2016

Aktiviti Kelab Fotografi

Perjumpaan ke 2. Minggu ini murid diberi penerangan tentang kamera.

Murid diberi tugasan bebas bertujuan bagi membiasakan mereka dengan kamera.



Sunday, 21 February 2016

Waktu Pendidikan Seni Visual bersama Guru Besar

Tahun : 6 Bestari
Mata Pelajaran : Dunia Seni Visual
Guru Mata Pelajaran : En. Nordin bin Abd. Rahman
Masa : 0900 - 1000