Wednesday, 23 July 2014
Hari Terbuka SKPA
Tuesday, 22 July 2014
Iftar SK Pulau Aur 2014
SK Pulau Aur
Tarikh :
22 Julai 2014
Tempat :
SK Pulau Aur
Idea iftar ini adalah dari GPK 1, Cikgu Mohd Izam. Mesyuarat diadakan dan kerja mula dibuat. Kos? Yup, datangnya dari usaha guru-guru. Bekas guru pun turut menderma. Tabung ayam dikorek-korek, untuk menyumbang. Walaupun sedikit, alhamdulillah, kami berjaya mengadakan majlis ini.
Antara aktiviti yang dilakukan bagi memeriahkan majlis iftar ini ialah membuat pelita buluh. Boleh baca aktiviti tersebut di sini. Kemudian, guru-guru gigih membuat sumbu pelita sambil disaksikan oleh murid-murid. Nak belajar katanya.
Angin yang kuat mula bertiup dan awan hitam mula menyelebungi langit pada sebelah petangnya. Diikuti dengan hujan yang lebat.
Guru-guru membuat persedian untuk membakar ikan Tongkol atau steambek. Di bahagian lain, cikgu-cikgu sedang menyediakan juadah berbuka dan jamuan. Majlis berbuka akan diadakan di Masjid Jamek Pulau Aur. Guru-guru dan murid-murid akan bergerak menuju ke masjid sekitar jam 6.50 petang. Jemputan atau masyarakat pulau turut berkumpul di sana.
Sebelum bergerak ke masjid, kami bergambar dahulu sebagai satu tradisi dan kenangan. Pendek kata untuk publisiti kecilan. Hihihihihi...... Aktiviti terpaksa dilakukan dalam keadaan agak pantas kerana awan masih lagi mendung walaupun hujan telah berhenti.
Saturday, 19 July 2014
Projek Pelita Buluh
Projek idea adalah GPK 1. Sekitar jam 5.30 petang, kami berempat, bersiap sedia untuk mendaki ke Air Parak mencari buluh. Puasa? Puasa tidak menghalang kami untuk meneruskan projek kerana semangat adalah segala-galanya. Lagipun, apa yang dilakukan di pulau ini untuk mengisi masa lapang. Nak beli lampu lip lap, nun seberang sana. Baik buat pelita buluh je. Nampak la tradisional sikit.
Kami mengambil masa 30 minit lebih untuk sampai di kebun Air Parak. Itu termasuklah dengan berhenti berehat beberapa kali. Jika sekali nafas, pendaki hanyalah 15 minit sahaja.
Kelihatan, kebun ini sudah berbeza dengan tahun lepas kami datang. Pondoknya juga sudah diperbaharui. Kawasannya menjadi cerah kerana kerajinan Abah Harun membersihkannya.
Alhamdulillah, 15 minit menebang buluh, kami pun bergerak turun ke bawah dengan pantas. Perjalanan turun tidak lama, hanya 15 minit sahaja. Kami selamat sampat sekitar jam 7.00 petang. Sempat berbuka di bawah.