Friday 29 July 2016

Universiti Kebangsaan Malaysia di SK Pulau Aur

Apa misi mereka di sini? Hmmmmm...secara detailnya tidak pasti. Tapi secara umumnya, mengkaji dunia laut dan dunia darat sekitar kepulauan Aur ini. Mereka terdiri daripada pensyarah, penyelidik dan pelajar-pelajar jurusan berkaitan.

Program ini mendapat kerjasama daripada Taman Laut Sultan Iskandar dan Taman Negara.

Program ini bermula 25 Julai hingga 29 Julai.








Thursday 28 July 2016

Lawatan Kerja oleh Tuan Haji Azme bin Hassan ke SK Pulau Aur

27 Julai 2016

Kelihatan kuak air yang dibelah oleh bot sekitar jam 4.30 petang. Cuaca agak mendung ketika ini.

Alhamdulillah, mereka tiba dengan selamat. Ketibaan disambut oleh Guru Besar, En. Nordin bin Abd Rahman.

Rombongan diketuai oleh Tuan Haji Azme bin Hassan, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jabatan Pendidikan Negeri Johor diwakili oleh Timbalan Pengarah, En. Azman bin Adnan.











Tetamu dibawa ke kedai untuk minum petang yang telah disediakan.

Percubaan UPSR 2016

Bermula 25 hingga 28 Julai 2016. 3 orang murid menduduki Ujian Percubaan ini. Semoga berjaya.



Guru Besar Menceriakan Kawasan Sekolah





Friday 22 July 2016

Bersama GB ke Kebun Durian Air Parak

In shaa Allah...tahun ni katanya buah durian menjadi. Dikesempatan itu, kami mengambil peluang berkunjung ke kebun Abah Harun di Air Parak.

Perjalanan ke sana memerlukan kami mendaki bukit. Bersama kami adalah Guru Besar yang ingin menyahut cabaran untuk mendaki ke kebun tersebut.

Aktiviti ini juga boleh menyihatkan tubuh badan.


Pendakian tidak mengambil masa yang lama. Ia bergantung pada tahap kecerdasan seseorang. Banyak berhenti berehat, maka lambat la sampai ke sana.

Sedang asyik kami mendaki, hujan turun dengan agak lebat.

Berhenti berehat