Friday 19 August 2016

Selamat Datang Guru Baru

Bertarikh 15 Ogos yang lalu, daerah Mersing telah menerima sejumlah orang guru baru yang dalam proses penempatan baru. Guru-guru baru ini telah ditempatkan di sekolah-sekolah serata daerah Mersing. Majlis diadakan di PPD Mersing yang disempurnakan oleh Tuan PPD sendiri.

Dalam pada itu, SK Pulau Aur tidak terkecuali menerima 2 orang guru baru. Mereka disambut oleh En. Nordin bin Abd. Rahman, Guru Besar SK Pulau Aur.

Dua orang guru baru itu ialah Mohd Syafiq bin A. Ghani berasal dari Marang manakala Abdul Hakim bin Abu Samah pula berasal dari Negeri Sembilan. Loghat nogori dia pekat giler. Hahahahahaha....

Selesai urusan pendaftaran bersama kerani sekolah, mereka membeli belah barangan keperluan.

Keesokannya mereka menuju ke Jeti Mersing untuk menaiki bot.

Bot seperti yang diberitahu semalam, katanya jam 6.45 pagi tapi masih belum muncul-muncul. Sekitar jam 8.30 pagi, baru kelihatan kelibat Gemilang 2 merapti jeti.


buat aboh dan set-set semua, aku g pulau aur dulu boh...





Dah kenapa tu?







Senyuman berdebar



Perjalanan pada mulanya tenang di bahagian muara. Lama-kelamaan, bot mula turun naik membelah ombak. Sekali sekala, percikan air laut masuk ke dalam bot membasahi cikgu-cikgu baru.






Cikgu Syafiq kebasahan


Selepas 3 jam mengharungi laut dengan laut yang beralun dan berangin membasahi penumpangnya, mereka pun mula memasuki ruangan kepulauan Aur. Alhamdulillah semuanya selamat. Sempat bertanya bagaimana perasaan mereka, hanya tanda ibu jari BEST mereka tunjukkan.

Empat kali bot berhenti di lautan apabila ada orang yang nak muntah. Cikgu baru kita nampaknya sangat kuat. Tidak muntah mereka.







Setiba mereka di jeti mereka disambut oleh anak murid yang sedia menunggu. Seterusnya mereka di bawa ke kuarters guru dan membuat pengurusan diri.

Pihak sekolah mengucapkan selamat datang dan menjalani kehidupan baru sebagai pendidik di sekolah pedalaman tahap 3 ini.

No comments:

Post a Comment