Thursday 25 April 2013

PENGUMUMAN

Assalamualaikum...
Ini merupakan blog sekolah yang ke dua setelah blog yang pertama mengalami kesilapan teknikal sehingga menyebabkan blog tersebut terpaksa di hapus oleh pihak GOOGLE. Segala entry-entry terdahulu sejak 2011 tidak dapat diselamatkan. Admin dalam usaha untuk mendapatkan semula nama skpulauaur.blogspot.com. Buat sementara ini blog ini menggunakan nama skpulauaur2.blogspot.com.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua follower yang selalu melayari blog sekolah sebelum ini.

Tuesday 23 April 2013

Kunjungan Pusat Ko-Kurikulum ke SK Pulau Tinggi

Selepas melawat SK Pulau Aur, pegawai-pegawai Pusat Ko-Kurikulum ini, bergerak pula ke SK Pulau Tinggi.







Pusat Sumber Sekolah

Bilik Guru

Bilik Mesyuarat

Pejabat / Pentadbiran


Bilik GPK HEM dan GPK Ko-Ku

Bilik GPK Akademik


Bilik Guru Besar








Kunjungan Pusat Ko-Kurikulum JPN Johor

Sekolah Kebangsaan Pulau Aur baru-baru ini menerima kunjungan daripada Pusat Ko-Kurikulum JPN Johor. Mereka dalam lawatan kerja ke semua sekolah-sekolah pulau daerah Mersing. Bermula 22hb, mereka di SK Pulau Sibu. Pada 23hb pagi, mereka bergerak ke SK Pulau Pemanggil, seterusnya ke SK Pulau Aur.

Sekitar jam 10.30 pagi, sudah kelihatan percikan air dari bot Pusat Ko-Ku dari kejauhan. Keadaan laut yang tenang, melancarkan lagi perjalanan mereka. Ketibaan mereka di sambut oleh GPK 1 dan beberapa orang guru.








Setia menanti tetamu

Monday 22 April 2013

Majlis Penyampaian Hadiah Pada Pemenang-Pemenang Merentas Desa 2013

Pada pagi, di waktu majlis perhimpunan, berlangsungnya majlis penyampaian hadiah bagi para pemenang Merentas Desa yang telah dijalankan pada hari Sabtu yang lepas. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh GPK 1, Cikgu Alshaddad.

T A H N I A H pada semua peserta......



Saturday 20 April 2013

Merentas Desa SKPA 2013

Alhamdulillah, Merentas Desa SKPA berjalan lancar. Cuaca yang sangat baik pada hari tersebut. Acara bermula dari Batu Kembar - Tangki 10 - Air Besar - SKPA (tamat). Selain daripada keterlibatan guru-guru dan murid-murid, program mendapat juga kerjasama daripada Jururawat Desa Pulau Aur dan pekerja swasta SKPA.

Walaupun hanya 7 orang peserta, program tetap dibuat sebaik mungkin. Alhamdulillah.......


Memanaskan anggota badan


Seperti biasa, sebelum memulakan larian, acara memanaskan badan dilakukan terlebuh dahulu. Kali ini diketuai sendiri oleh Setiausaha Sukan iaitu Ustaz Mohamad Amir.



Wednesday 17 April 2013

Meninjau-nijau Laluan Merentas Desa 2013


16 April, mesyuarat AJK Merentas Desa




19 April, raptai Merentas Desa

Petang ini, guru-guru akan menyusuri trek-trek merentas desa yang bakal berlangsung pada 20 April 2013. Sebelum acara bermula, kami akan memastikan laluan yang bakal dilalui murid-murid adalah selamat.