Tuesday 4 October 2016

Hari Terakhir Our Touch Community di Pulau Aur

Yang bermula pasti ada akhirnya. Setiap yang dibuka pasti ada penutupnya. Yang hidup pasti menghadapi mati. Yang kekal hanyalah Allah s.w.t.

Rela atau tidak harus hadapi jua...

Bertemu dan perpisahan
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Moga panjang umur kita akan jumpa lagi
Jika salah dan silap harap dimaafkan
Moga berkat aman dapat diabadikan
Segala kenangan tidak akan dilupakan
Tersimpul erat dalam ingatan berkekalan

Bertemu dan perpisahan
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga panjang umur kita berjumpa lagi



































Selama 3 hari, setiap awal pagi, murid-murid sudah menunggu kakak-kakak dan abang-abang sukarelawan di kedai makan untuk sarapan bersama-sama...

Selama 3 hari mereka berkongsi cerita...

Selama 3 hari bertanya khabar...

Selama 3 hari melakukan aktiviti bersama-sama...

Kini masa tersebut bakal tamat. Tidak ada lagi.

Di jeti, anak-anak murid melambai-lambai para sukarelawan dengan harapan dapat berjumpa lagi. Mungkin...

Dari pihak sekolah kami warga pendidik mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan tenaga atau apa sahaja yang baik bagi perkembangan murid-murid.

Terima kasih...

Jangan lupakan kami...

Damainya suasana desa
Tempat ku mencari ilmu
Pesan guru takkan ku lupa
Tekun Usaha jangan jemu
Kami hayati semua pelajaran
penuh dugaan dan cabaran
Rukun Negara
Kami mengamalkan doa restu kami harapkan

Syampu rambut baru?

11 comments:

  1. Pakat pakat muka sunburn huhuhuhu macam x hilang plak tu sampai la nehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebulan dah Ajue, sunburn teruk nih..kn pakai niqab nmpknya

      Delete
  2. Sedih pulak baca post OTC hari terakhir di Pulau Aur... In Shaa Allah ukhwah silaturahim sesama persaudaraan Islam tidak akan terputus. Walau jauh dipelusuk mana pun. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di jeti, anak-anak murid melambai-lambai para sukarelawan dengan harapan dapat berjumpa lagi. Mungkin...

      Part "mungkin" tu yang buat sedih.

      Delete
  3. Replies
    1. tak mampu nak teruskan panjang-panjang......tak tahan sebak di hati ini....hahahaha

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Berkaca anak mata ni. hahaha

    ReplyDelete
  6. Nanti kalau senang-senang tu, singgah2 la pulau aur ni. Bukannya jauh sgt....kahkahkahkah....

    ReplyDelete