Wednesday 19 October 2016

Proses Baik Pulih Panel Solar Hibrid TNB Pulau Aur

Sebelum nak mula, nak #tnb dulu......hihihihi.....

Seingat saya panel solar TNB ini sudah bermasalah sejak saya posting di sini pada tahun 2010. Mungki tahun-tahun sebelum ini pun dah problem.

Alhamdulillah.....pada tahun 2016 ini, pihak TNB telah membuat baikpulih. Projek ini dikatakan mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan. Wallahhualam....kita tunggu dan lihat jerlah. Itu kerja mereka yang pakar.

Untuk rekod, selepas panel solar tidak berfungsi dengan baik, generator TNB ini beroperasi sepenuhnya tanpa henti. Generator ini pernah mendapat penggantian pada tahun yang saya dah lupa. Hahahahaha..... Buat masa ini setiap Isnin dan Khamis, pada waktu siang, generator ini direhatkan sekejap.

Bot kargo untuk kerja-kerja ini sudah tiba semalam iaitu 18 Oktober 2016.






No comments:

Post a Comment