Monday 28 October 2013

Perkhemahan Ko Kurikulum Sekolah-Sekolah Pulau : Murid-Murid SKPA Memulakan Pelayaran Menuju Pulau Sibu

Program :
Karnival Ko Kurikulum Sekolah-Sekolah Pulau Daerah Mersing

Tempat :
SK Pulau Sibu

Tarikh Program :
28~30 Oktober 2013

Ketika ini, bot Pusat Ko-Kurikulum tiba daripada SK Pulau Pemanggil dengan membawa 3 orang murid dan seorang guru pengiring. Berehat sebentar di Pulau Aur kerana tekong hendak mengisi mengisi minyak bot. 30 minit kemudian, pelayaran bersambung kembali. Dari SK Pulau Aur, 5 orang murid dan 3 orang guru pengiring.

Semoga pelayaran mereka dalam keadaan selamat dan mendapat Rahmat Allah. Amin..... Diharap juga, program ini memberi banyak pengalaman kepada murid-murid pulau.



Bacaan doa selamat oleh GPK Koku SKPA






Friday 18 October 2013

Pemasangan VDI Think Client di SK Pulau Sibu, SK Pulau Tinggi dan SK Pulau Aur

Projek :
Projek Pemasangan VDI Think Client

Pihak Terlibat :
Kementerian Pendidikan Malaysia (Utama)
Bitara Induk Sdn. Bhd. (Kontraktor Utama)
SK Pulau Sibu, SK Pulau Tinggi dan SK Pulau Aur (Penerima)

Tarikh :
17~18 Oktober 2013

17 Oktober 2013, mula bergerak menuju ke Pulau Sibu. Bertolak dari Jeti  Mersing pada jam 5.00 pagi. Alhamdulillah, cuaca baik sekali dengan laut yg tenang. Kami selamat sampai sekitar jam 8.00 pagi......