Thursday 24 April 2014

Vektor Darah Klinik Kesihatan Daerah Mersing

Anjuran :
Vektor Darah, Klinik Kesihatan Daerah Mersing

Tarikh :
24 April 2013

Skop Aktiviti :
Pengambilan sampel darah oleh pihak kesihatan bagi mengesan virus malaria dan sampingan yang lain jika ada. Keterlibatan oleh semua masyarakat kampung #pulauaur dan warga sekolah #pulauaur.














Tuesday 22 April 2014

Kejohanan Merentas Desa SKPA 2014

Anjuran :
Unit Kokurikulum
Tarikh :
22 April 2014
Trek :
Teluk Pahanan – Maxis – Air Besar – Sekolah

Alhamdulilah, cuaca yang baik, in shaa Allah acara akan berjalan dengan lancar. Amin...
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
DSC03832
DSC03834 2
Murid-murid ke tapak perhimpunan. Setiausaha Sukan, Ustaz Mohamad Amir mengalu-alukan penyertaan murid-murid di dalam kejohanan ini seterusnya menjadi pengerusi. Beliau juga menyampaikan taklimat keselamatan.
Guru Besar dijemput bagi menyampaikan amanat beliau dan merasmikan kejohanan.

Thursday 17 April 2014

Mandi Manda Di Pulau Dayang

Petang ni tetiba ada orang ajak mandi-mandi di #PulauDayang. Kesempatan tersebut tidak dilepaskan memandangkan ini mungkin kali terakhir dapat mandi di situ.

Pulau Dayang merupakan salah satu daripada 3 pulau yang berada dalam Pulau Aur. Dua lagi pulau lain ialah Pulau Lang dan Pulau Pinang.

Di Pulau Dayang ini terdapat chalet yang diusahakan oleh En. Mohd Tahir (orang tempatan). Dahulu, pulau ini tidak pernah putus dengan diver-diver yang datang untuk aktiviti menyelam. Namun, tidak lagi kini. Pulau ini sepi. Jetinya pula sudah rosak akibat ribut pada hujung tahun 2013. Dalam pada itu, jeti tersebut juga dalam proses diruntuhkan sekarang ini..... :( Sedihnya......


Jom kita layan beberapa keping gambar semasa santai-santai di sana. It will became a memory soon......