Wednesday 2 April 2014

Kunjung Bantu Tuan PPD Mersing, Johor

Program
Kunjung Bantu Tuan PPD Mersing ke Sekolah-Sekolah Pulau

Tarikh
1 dan 2 April 2014

Kelibat bot dari kejauhan mula kelihatan sedang menuju ke Pulau Aur sekitar jam 2.45 petang. Mereka dari SK Pulau Pemanggil.
















Rombongan terus ke penginapan. Lawatan ke sekolah pada besoknya. Melalui GPK 1, PPD berpesan untuk mengadakan perjumpaan antara pihak PPD dengan ibubapa dan guru sekolah. Perjumpaan diadakan di Blue Water Resort.



Antara intipati ucapan Tuan PPD lebih kepada fokus PPD adalah pendidikan kepada murid-murid. Dalam apa jua keadaan dan situasi, pendidikan penting kepada murid-murid. Disamping itu, pihak PPD ingin memastikan bahawa guru-guru SKPA menjalankan tugas seperti biasa.

Selesai ucapan Tuan PPD, ibubapa dan guru diberi peluang untuk mengemukan soalan. Pelbagai soalan diutarakan oleh ibubapa dan guru. Perkara yang ditanyakan adalah RAHSIA....... panjang kalau nak cerita dalam blog. Maka tidak perlu dihuraikan.

Yang penting, "cikgu-cikgu SKPA semuanya hensem-hensem..." kata salah seorang ibubapa murid pada sesi tersebut. Hahahahahahahaha........ gurau....




Salah seorang bapa sedang bertanyakan soalan


Sekitar jam 10 malam, majlis ditutup.

Pada keesokkan pagi, 2 April 2014, perhimpunan ringkas diadakan untuk sesi pertemuan antara Tuan PPD dengan murid-murid. Tuan PPD juga menyampaikan bahawa pendidikan itu pendidikan walau di mana pun kita berada. Pihak beliau sentiasa menjaga kebajikan pendidikan murid-murid sepertimana yang telah digariskan dan selayaknya diperolehi oleh setiap murid dan pelajar.





Selesai pertemuan ringkas itu, PdP berjalan seperti biasa. Pemantauan PdP turut dijalankan di kelas-kelas yang berkaitan. Antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Di bilik pentadbiran pula, beberapa fail turut diperiksa seperti fail-fail panitia dan lain-lain.


Jam 09.45 pagi, semua guru diminta ke Blue Water bagi sesi terakhir lawatan. Dalam perjumpaan ini, Tuan PPD membentangkan serba sedikit hasil dapatan daripada pemantauan dan pemeriksaan ke atas pengurusan sekolah. Selebihnya akan dikemukakan melalui surat mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan untuk tidakkan lanjut.






Isi ucapan terakhir Tuan PPD adalah, meminta guru-guru agar lebih bermasyarakat dengan penduduk kampung. Saranan Tuan PPD itu agak sedikit memeranjatkan dan menimbulkan tanda soal di pihak guru-guru. Walaubagaimana pun, perkara ini hanya sampai setakat itu sahaja.


Tuan PPD menutup sesi perbincangan dan bersurai. Pihak mereka akan bergerak menuju ke Pulau Tinggi.

Ustaz Wan Muhamad Afifudin dengan mentornya

Ustaz Wan Muhamad Afifudin sedang berbincang tentang mySPATA







Ustaz Wan Muhamad Afifudin bin Wan Md Saad




Bergambar bersama dengan Imam 2, En. Aziz








Majlis selesai.... Alhamdulillah......

No comments:

Post a Comment