Soalan HOT...!!!

Soalan yang sering ditanya......

1. SK Pulau Aur di negeri mana?
    Sekolah ini terletak di negeri Johor di dalam daerah Mersing.

2. Pedalaman Tahap berapa?
    Sekolah ini dikategorikan Pedalaman Tahap 3 (P3). Dulu P2.

3. Ada murid ke sekolah tu?
    Yup. Haruslah ada. Sebab tu adanya sekolah.

4. Berapa orang murid?
    Untuk tahun 2017, ada 9 orang murid iaitu 3 perempuan 
    dan 6 lelaki.

5. Guru pula berapa orang?
    11 orang guru termasuk GB. 
    10 lelaki dan seorang guru perempuan.

6. Staff sekolah tak ada ker?
    Ada tapi di darat.

7. Berapa jauh sekolah dari bandar Mersing?
    Jauh, susah nak diukur kerana jalan laut ini luas. Dari segi masa, 
    jika menggunakan bot sederhana laju, 4 - 6 jam. Dengan bot 
    laju, boleh sampai dalam masa kurang dari 2 jam. Apapun, 
    ianya bergantung kepada ketenangan laut. Jika laut bergelora, 
    boleh cecah lebih 10 jam. Sesat? Boleh terjadi.....

8. Bagaimana nak ke pulau tu?
    Hmmmmmm.......sewa bot. Cikgu-cikgu hanya menumpang 
    bot-bot yang nak masuk jer. Tu pun jika ada. Itu dulu tapi                 sekarang dah ada bot bertiket setiap hari Jumaat dan Ahad. 
    Alhamdulillah. Tahun ni belum pasti.

9. Hujung minggu keluar ke bandar?
    TIDAK KELUAR jika tidak ada urusan.

10. Perbelanjaan?
      Hutang dulu.....


11. Bekalan air dan elektrik?
      Air bukit, air hujan, mata air.................. Elektrik bergantung 
      harap dan jasa baik generator TNB.


12. Telefon?
      Di sini hanya ada rangkaian Maxis sahaja, 3G ada tapi kurang 
      stabil. Benda baru 2016.


13. Sana ada chalet?
      Ada.


14. Cikgu dah berapa lama mengajar sana? Tak mohon tukar?
      Krik.....krik....krik......

12. Cabaran?
      - Bot a.k.a transpot.
      - Asyik mendengar 'untung la cikgu pulau........'
      - 'Murid-murid jika tak pandai, tak tahu la cikgu buat apa....'
      - 'Untung la cikgu-cikgu pulau, elaun besar.....'
      - 'Waaaaaaaaaaaaaa....ramainya guru. Murid mesti dapat 6A...'

9 comments:

  1. Semoga Cikgu-Cikgu disana sentiasa tabah menghadapi hari mendatang,juga harapan saya,agar BLOG ini terus berkesinambungan untuk masa hadapan,biar sesiapa pon yang bertugas disana,biarlah laman blog ini menjadi penghubung antara kepulauan ini dengan tanah besar.kisah benar yang dilalui oleh semua warga kerja di Pulau Aur yang cukup tabah ini.Setinggi perhargaan dari kami untuk semua warga kerja di Pulau Aur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih saudara Shahril eddy_duyung.....

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Aok wah...man cayak aji guu����

    ReplyDelete
  4. ada cikgu nk tukar keluar x?kalu ada meh kite tukar kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jer yang nak keluar tapi tak dapat2...... :(

      Delete