Wednesday 31 August 2016

MERDEKA Di Teluk Sebukang Sambil Membasuh

SELAMAT HARI MERDEKA!!!

Merdeka, merdeka jugak. Baju kena basuh. Dikesempatan cuti hari merdeka ni, angkut semua baju-baju, botol-botol, tong-tong dan segala yang boleh isi air menuju ke Teluk Sebukang. Nak angkut air bawa ke Teluk Berhala.





Sambil membasuh, sambil borak

Sental jangan tak sental


Setiap masalah ada penyelesaiannya cikgu. Sabar...sabar....

Tidak kering gusi kami dengan telatah Cikgu Syafiq ni






Hensem dah tu Che Man



Sambil membasuh tu, Mak Su sempat bercerita. Macam-macam cerita. Sejarah sini. Tentang keluarga. Tentang resort. Katanya, anak yang uruskan semua ni. Kita masak-masak jer. Sambil ketawa. Hahahahahaha.....bergurau senda.

Mak Su sempat bertanya, dua ni cikgu baru ker? Haaaaaaaaaaaaa...rasa la kesusahan sikit-sikit ni. Orang dulu lagi susah. Hihihihi...


Kak Ngah membersihkan tong untuk diisi air









Cikgu Hakim sempat bertanya, mahal tak jetski. Sambil berkerut-kerut dahi mikir. Kami kata, puluh ribu gak la harganya.

Nampak sangat pertanyaan tu menunjukkan tengah penat menolak air. Huhuhuhu....... Tak der elektrik boleh tahan lagi. Air kalu tak ada memang susah la.



Lagi sekali kami mengucapkan terima kasih kepada Pak Su dan Mak Su kerana membenarkan kami membasuh dan menggunakan air. Tidak dilupakan juga Pak Su Bedul.

Bagi pembaca luar sana, di Teluk Sebukang ni ada resort, Sebukang Bay Resort. Cantik tempat ni. Boleh datang bercuti-cuti. Google dan instagram jer Teluk Sebukang Bay Resort. Pakej yang ditawarkan berbaloi.

No comments:

Post a Comment