Saturday 3 September 2016

Orientasi Guru Baru ke Pulau Dayang dan Pulau Lang

"Apa aktiviti kita hujung minggu ni cikgu?", tanya Cikgu Hakim dan Cikgu Syafiq pada Cikgu Wan.

"Mungkin kita boleh berkayak mengelilingi pulau.", respon Cikgu Wan.

Seawal jam 7.30 pagi, kami dah bersiap dan menuju ke Bluewater Resort untuk mengambil kayak. Kami telah meminta kebenaran dari Iwan semalam.

"Betul ke kita nak keliling pulau?", tanya Cikgu Wan dengan penuh keraguan.

"Hahahahahaha....tak lah. Kalau keliling pulau mungkin 3 hari baru siap.", kata aku sambil tersenyum menandakan itu gurauan sahaja.

Ok....first destinasi kita ialah Pulau Dayang dulu. Jika masih bertenaga, kita lanjut ke Pulau Lang. Ayuh.......



Aspek keselamatan jangan diambil mudah walaupun air tenang

Alhamdulillah...pagi ini cuaca begitu baik. Laut tenang. Tidak berangin. Ini memudahkan aktiviti kami.

Kayuhan dari Aur ke Dayang mengambil masa kurang dari sejam. Bergantung kepada kelajuan kayuhan masing-masing.






Di Pulau Dayang ini terdapat 2 chalet yang memberi kemudahan kepada pelancong sekiranya ingin bercuti ke sini. Rate? Hmmmmmmmm....lupa pula bertanya.

Antara yang menarik tentang Pulau Dayang ialah pantainya yang putih, bersih dan panjang. Tidak lupa kepada batu karangnya yang masih hidup di persisiran pantai.

Untuk rekod, selama 6 tahun saya di sini tak pernah sekali pun saya berkayak. Hahahahahahaha.....





Ketenangan kata Cikgu Wan






Selesai di Pulau Dayang, dengan penuh semangat kami menuju pulau ke Pulau Lang. Nampak macam dekat tapi jauh juga sebenarnya nak ke Pulau Lang ni.










Sambil menikmati keindahan laut di depan sana, Cikgu Wan mempelawa sandwich kepada kami. Terima kasih Cikgu Wan. Kami memang lapar. Hahahahaha....

Bukan itu sahaja, kami sempat membuat aktiviti yang dinamakan Bulatan Bahagia. Dalam aktiviti ini, kami berkongsi-kongsi cerita dan pengalaman. Untuk kali ni fokus kepada cikgu baru. Mereka bebas untuk berkongsi apa sahaja cerita. Objektif? Saja nak ice-breaking. Hihihihihi.....sporting habis Cikgu Syafiq dan Cikgu Hakim.





Pulau Pemanggil



Kurang sejam kami bersantai-santai di Pulau Lang, kami turun untuk mandi dan terus berkayuh pulang ke Aur. Alhamdulillah...hujung minggu kami terisi dengan aktiviti berfaedah.

No comments:

Post a Comment