Thursday 22 September 2016

Temasya Sukan Tahunan SKPA 2016 kali ke 28

Apa yang bermain diminta pertama sekali ialah betul ke kali ke 28 sukan tahunan SKPA ni? Hahahahahahahaha..... Sekolah ni dah wujud sejak 1918 kot.

Saja warming up minda sikit persoalan di atas tadi.

Ok ok.... Tahun demi tahun, sukan tahunan tidak pernah miss. Ye lah, acara wajib dalam takwim ko kurikulum sekolah. Tahun ini atas cetusan idea GPK Ko Kurikulum , Wan Muhamad Afifudin, beliau mewujudkan dua kategori atau acara iaitu Kem Rumah Sukan dan Perbarisan Rumah Sukan. Seriusly....sangat teruja. Kategori ini belum pernah diadakan sebelum ini. This is the first time. If I'm not wrong.

Tanpa membuang waktu, pengacara memulakan acara....

Perbarisan masuk rumah pasukan sebagai pembuka Temasya Sukan Tahunan SKPA 2016.



Pengacara





Baiklah....temasya pagi ini dimulakan dengan perbarisan masuk rumah-rumah sukan ke tengah padang. Rumah-rumah sukan ini akan bermula dari kem masing-masing. Sebaik muzik dimainkan, Rumah Merah yang di dahului maskotnya, watak Dark Vader oleh adik Muhammad Hafiz Izzuddin mula bergerak memasuki kawasan perarakkan.  Keceriaan maskotnya yang bergerak bebas menceriakan suasana. Moto yang di bawa oleh Rumah Merah ialah '...kalah tak pasti, menang dah tentu....'.





Rumah Hijau kemudiannya mengikuti di belakang. Rumah Hijau menjadikan mentadak mentadu sebagai maskot mereka. Dengan serba hijau ala-ala alam kehijauan mereka melangkah yakin memasuki kawasan perarakan. Mereka melambai kiri dan kanan seakan-akan jutaan penonton sedang menyaksikan temasya ini.







Setiap pasukan akan melalui 'VIP stage' (konon-konon la). Di situ mereka akan berhenti untuk membuat sedikit chill atau persembahan atau formasi. Bukan saja-saja buat tetapi mereka dinilai oleh juri yang berada di situ.

Bagi juri kem rumah sukan dan perbarisan, pihak urusetia telah mengundang Ustazah Hapizah.

Owh....terlupa untuk memperkenalkan pengacara temasya tahun ini. Temasya sukan kali ini diacarakan oleh Cikgu Syafiq. Seriusly.....performance beliau superb sebagai pengacara majlis. Penuh dengan kelucuan. Tak kering gusi kami yang mendengarnya.

Selesai perbarisan, pengacara majlis meminta semua hadirin berdiri bagi nyanyian Lagu Negara Ku, Bangsa Johor dan Lagu Sekolah. Seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Wan Muhamad Afifudin.







Pengacara dan pangarah muzik



Pengacara majlis seterusnya dengan hormat menjemput GPK HEM, Ustaz Hamzah mewakili Guru Besar untuk memberi ucapan dan merasmikan temasya sukan ini.

Jangan panjang sangat ustaz




Sambil acara sedang berlangsung, masyarakat sekeliling dan ibubapa perlahan-lahan mula memasuki kawasan sekolah bagi menyaksikan acara ini. Pengacara tidak putus-putus menjemput mereka untuk menyertai sekolah. Sambil itu, diingatkan para hadirin untuk menulis nama sebagai tanda kehadiran. Terima kasih diucapkan.

Temasya dihangatkan lagi dengan acara senamrobik. Pada mulanya ada idea untuk membuat zumba tapi tertanya-tanya samada murid dan masyarakat setempat dapat mengikutinya maka kami memilih untuk senamrobik ringkas sahaja. Untuk senamrobik ini pihak urusetia dengan penuh yakin memberi kepercayaan kepada Cikgu Mohd Syafiq untuk menjayakannya.

Sebaik sahaja muzik dimainkan maka acara pun bermula. Muzik yang dipilih oleh Cikgu Mohd Syafiq penuh bertenaga dan beat-beatnya mudah diikuti semua. Turut serta dalam acara ialah guru-guru, ibubapa dan jururawat masyarakat.






Yeaaaaaahhhhhhh.....!!!

Jangan keras sangat cikgu Hakim




Jururawat desa

Lagi cikgu Syafiq

Sukanya cikgu


Alhamdulillah.....selesai sudah aktiviti senamrobik. Murid-murid dan guru-guru kelihatan dah berpeluh. Dah bersedia untuk acara yang lebih berat. Rehat 10 minit sementara cikgu-cikgu bertugas dan bersedia untuk acara seterusnya.

Acara seterusnya ialah lompat jauh. Terbahagi kepada tahap satu dan tahap dua.

Pengadil Lompat Jauh




Dari acara lompat jauh, kita beralih pula ke acara lompat tinggi. Acara ini juga terbahagi kepada tahap satu dan tahap dua.

Bagi tahap satu, persaingan sengit jelas kelihatan bagi merebut tempat pertama antara adik Zaifan, Rumah Merah dengan adik Aiman dari Rumah Hijau.

Cikgu Siti Hafizah telah diberi kepercayaan untuk mengadili acara lompat tinggi ini. Beliau juga lulus dalam Ujian KOT semasa di maktab. Ini setidak-tidak menjadi basis kepada beliau semasa menjalankan tugas.





Pengadil

Sokongan ibubapa






Memeriksa garisan

Bersedia untuk dilepaskan








Saya diberitahu oleh rakan-rakan guru yang lain bahwa GPK Ko Kurikulum kita kelihatan sebak sebaik sahaja acara 100 meter ini tamat. Katanya lagi sebak kerana gembira acara temasya kali ini berjalan dengan jayanya.

Walaupun sekolah kecil, bilangan murid yang boleh bilang dengan cari, sebenarnya tidak mudah. Bukan tidak mudah menguruskan murid-murid tetapi cabaran meraih sokongan guru-guru. Dari menyiapkan kertas kerja sehinggalah ke mesyuarat terakhir, lawak-lawak dan kata-kata sakastik kedengaran. Ini tak boleh....itu salah....tak pernah dibuat orang....malas lah...dan bermacam-macam lagi.

Namun GPK Ko Kurikulum tetap cool menghadapi. Apapun, ini situasi normal dalam mana-mana organisasi. Percayalah, Cikgu Wan menjadi lebih tabah menyelesaikan masalah malah ilmu bertambah. Yang mengkritik hanya sekadar berbunyi tanpa memberi cadangan.

Walau apa pun cabaran dihadapi dalam organisasi, alhamdulillah......perancangan Allah telah menjayakan temasya ini.

100 meter Tahap 2


Menahan terik panas demi murid-murid



Cikgu Syafiq sentiasa steady


Selepas acara 100 meter di pantai tadi, kami berehat 30 minit. Murid-murid menjamu selera makanan yang telah disediakan. Ibubapa juga turut serta menjamu selera.

Temasya diteruskan lagi dengan acara sukaneka antara rumah pasukan. Acara ini diselia oleh Cikgu Abdul Hakim. Manakala Cikgu Wan diberi kepercayaan untuk mengadili.








Tidak hanya sekadar menjadi penonton, para ibu bapa dan masyarakat setempat turut dijemput untuk menyertai acara yang disediakan.

Antara acara yang disediakan bagi golongan dewasa ialah Kerusi Beracun dan Tangkap Sayang.
 
Kerusi Beracun kategori lelaki dewasa



Dua orang guru baru berebut kerusi

Kerusi Beracun kategori wanita dewasa




Tiba masa untuk penyampaian hadiah. Bagi acara balapan, pemenang menerima medal beserta sijil. Acara sukaneka, hamper disediakan. Manakala bagi acara kerusi beracun dan tangkap sayang, sedikit saguhati diberikan.

Olahragawan dan olahragawati bakal menerima piala dan sijil.

Bagi Rumah Pasukan terbaik pula akan menerima piala pusingan.
 

Sijil direka oleh Cikgu Syafiq


Acara Kerusi Beracun kategori Terbuka Lelaki dewasa

Keputusan bagi acara Kerusi Beracun kategori Terbuka Lelaki Dewasa ialah :
  • JOHAN dimenangi Cikgu Abdul Hakim
  • NAIB JOHAN dimenangi Cikgu Mohd Syafiq
  • KETIGA dimenangi En. Abdul Hapas
Acara Kerusi Beracun kategori Terbuka Perempuan Dewasa

Keputusan bagi acara Kerusi Beracun kategori Terbuka Perempuan Dewasa ialah :
  • JOHAN dimenangi Pn.Nurul Asyifa
  • NAIB JOHAN dimenangi _________________
  • KETIGA dimenangi Pn. Kamsiah
Acara Tangkap Sayang kategori Terbuka


Keputusan bagi acara Tangkap Sayang kategori Terbuka ialah :
  • JOHAN dimenangi Muhammad Haikal dan Kamarul Ariffin
  • NAIB JOHAN dimenangi Khairy Afiq Zafreen dan Nur Farida Hanum
  • KETIGA dimenangi Pn. Irma dan Pn. Nurul Asyifa
Acara sukaneka

Johan acara sukaneka dimenangi Rumah Hijau manakala Rumah Merah ditempat kedua.

Acara Kerusi Beracun kategori murid perempuan

Keputusan bagi acara Kerusi Beracun kategori murid perempuan ialah :
  • JOHAN dimenangi Nur Farida Hanum
  • NAIB JOHAN dimenangi Azrinna
  • KETIGA dimenangi Yasmin Raihana

Keputusan bagi acara Kerusi Beracun kategori murid lelaki ialah :
  • JOHAN dimenangi Muhammad Haikal
  • NAIB JOHAN dimenangi Khairy Afiq Zafreen
  • KETIGA dimenangi Kamarul Ariffin
 
Acara Lompat Jauh kategori Tahap 1

Keputusan bagi acara Lompat Jauh kategori Tahap 1 ialah :
  • JOHAN dimenangi Muhammad Hafiz Izzuddin
  • NAIB JOHAN Sharul Aiman
  • KETIGA dimenangi Muhammad Shafazaifan
Acara Lompat Jauh kategori Tahap 2

Keputusan bagi acara Lompat Jauh kategori Tahap 2 ialah :
  • JOHAN dimenangi Khairy Afiq Zafreen
  • NAIB JOHAN Mohamad Syariz Ezuan
  • KETIGA dimenangi Nur Farida Hanum
Acara Lompat Tinggi kategori Tahap 1

Keputusan bagi acara Lompat Tinggi kategori Tahap 1 ialah :
  • JOHAN dimenangi Muhammad Shafazaifan
  • NAIB JOHAN Sharul Aiman
  • KETIGA dimenangi Muhammad Hafiz Izzuddin
Acara Lompat Tinggi kategori Tahap 2

Keputusan bagi acara Lompat Tinggi kategori Tahap 2 ialah :
  • JOHAN dimenangi Nur Farida Hanum
  • NAIB JOHAN Mohamad Syariz Ezuan
  • KETIGA dimenangi Khairy Afiq Zafreen
Acara 100 meter kategori Tahap 1

Keputusan bagi acara 100 meter kategori Tahap 1 ialah :
  • JOHAN dimenangi Muhammad Hafiz Izzuddin
  • NAIB JOHAN Sharul Aiman
  • KETIGA dimenangi Yasmin Raihanah

Acara 100 meter kategori Tahap 2

Keputusan bagi acara 100 meter kategori Tahap 2 ialah :
  • JOHAN dimenangi Nur Farida Hanum
  • NAIB JOHAN dimenangi Khairy Afiq Zafreen
  • KETIGA dimenangi Mohamad Syariz Ezuan
Pada peringkat awal dari mula persiapan dan latihan memang kelihatan Rumah Merah boleh menang mudah acara perbarisan. Namun sangkaan kami salah. Rumah Hijau ada menyimpan senjata rahsia. Mereka keluarkan senjata itu pada hari perbarisan. Terbaik Rumah Hijau.
Acara Perbarisan

Keputusan bagi acara Perbarisan ialah :
  • JOHAN dimenangi Rumah Hijau
  • NAIB JOHAN dimenangi Rumah Merah
Acara Kem Rumah

Keputusan bagi acara Kem Rumah ialah :
  • JOHAN dimenangi Rumah Merah
  • NAIB JOHAN dimenangi Rumah Hijau





Tamat sudah temasya sukan tahun ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Diharap kerjasama ini akan terus berkekalan dan hanya Allah yang mampu membalasnya. Amin...

No comments:

Post a Comment