Thursday 8 September 2016

4 Hari Beraktiviti bersama Pengawas-Pengawas Peperiksaan dan Lembaga Peperiksaan

Akhir-akhir ini Pulau Aur sering menjadi destinasi percutian para pelancong. Namun dek kerana kosnya yang dikatakan agak mahal, menjadikan ramai yang tidak berpeluang. 

Bagaikan Bulan jatuh ke riba, ini merupakan satu peluang dan rezeki buat pengawas-pengawas peperiksaan UPSR pada tahun ini. Mereka bertugas sambil menikmati keindahan pulau dan kehidupan masyarakat di sini yang jauh dari kesibukan kota.

Dikala masa yang terluang selepas waktu persekolah, warga sekolah membawa mereka berjalan-jalan sekitar Pulau Aur. Jom kita lihat aktiviti sepanjang mereka berada di sini.

Batu Cina
Batu Cina ini merupakan antara lokasi wajib bagi pelancong. Dari puncak batu ini dapat melihat ketenangan dan keindahan sang suria terbenam. Itu jika waktu petang mendaki. Jika mendaki waktu pagi, laut birunya sungguh mempesonakan. Tak percaya? Ok....takper. Tak paksa.








Ada yang gayat








Kepayahan tidak mematahkan semangat wakil Lembaga Peperiksaan ini




Proses memujuk.....gagal


Layan pemandangan tenang












Snorkeling Di Teluk Sebukang
Semalam kami berpeluh mendaki, petang ini kami berbasah-basahan di lautan pula. Yaaa,,,,kami bersnorkeling di Teluk Sebukang.

Aktiviti ini serampang dua mata. Hahahahaha....kenapa? Sebab, kebetulan cikgu-cikgu nak ke sana juga untuk membasuh baju dan mengambil air bersih buat kegunaan.













Mendaki ke Kebun Durian Pak Ngah Heran
Kebetulan sekarang musim durian di pulau. Mana mungkin melepaskan peluang ini. Bak kata pepatah, mengantuk disorangkan bantal. Petang pada hari ke tiga, kami mendapat pelawaan Pak Ngah Heran untuk ke kebun duriannya di atas bukit sana.

Kali ini, Guru Besar sendiri turut menyertai. Beliau memang suka mendaki.














Hari Terakhir UPSR
Sebaik selesai segala urusan UPSR, sedikit majlis tanda terima kasih kepada para pengawas dan Lembaga Peperiksaan Malaysia diadakan.





Diharap para pengawas dan wakil Lembaga Peperiksaan berasa senang sepanjang 4 hari berada di sini menjalankan tanggungjawab. Jika ada yang terkurang, kami warga SKPA memohon ampun dan maaf.

Ketiadaan air diharap tidak mematahkan semangat untuk datang lagi ke sini. 4 hari terpaksa berjimat-jimat menggunakan air. Mungkin ada diantara mereka tidak mandi. Atau hanya mandi sekali sahaja.

In shaa Allah....jika diizinkan Allah, dapat bertemu lagi...

No comments:

Post a Comment