Tuesday 27 September 2016

Lawatan Kerja Oleh Pejabat Pendidikan Islam Daerah Mersing

Rentetan dari mesyuarat tempoh hari (klik sini), inilah kejadiannya.

Kelihatan dari jauh bot laju menuju ke jeti Kg. Teluk Berhala ini. Rombongan menggunakan bot Pejabat Kesihatan untuk datang ke sini.

Kedatangan rombongan sangat-sangat dinantikan oleh pihak Sekolah Agama Pulau Aur. Telah sedia menunggu di jeti ialah Guru Besar SK Agama Pulau Aur, Ustaz Mohd Hairull Amin bin Sudarmo dan Guru Penolong beliau, Ustazah Hapizah binti Haron diikuti dengan murid-murid. SK Pulau Aur pula diwakili oleh GKP Ko Kurikulum, En. Wan Muhamad Afifudin bin Wan Md. Saad.

Rombongan di ketuai sendiri oleh Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing, Ustaz Zamri bin Mo'men.

Anggota lain yang turut serta adalah seperti yang tersenarai di bawah :
- Penolong PPID, Unit Pengurusan Sek, Ustaz Johari bin Samat
- Penolong PPID, Penyelia UPS, Ustazah Sabariah binti Mohd Yusof
- Penolong PPID, Penyelia UPKK, Ustazah Zuraidah binti Daud
- Ketua Kerani PPID, En. Abdul Manap bin Awang
- Penyelia Unit Perjawatan, Pn. Nur Faliza binti Daud
- Penyelia Khas, Ustaz Ahmad Yusoff bin Haron
- Penyelia Khas, Ustaz Rashidi bin Mohammed
- Penyelia Unit Kewangan, Pn. Nurulnaim binti Ahmad Tabrani













Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh GB SKA Pulau Agama sendiri.

Beliau seterusnya menjemput Tuan PPID Mersing untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Acara sukaneka seterusnya dijalankan bersama murid-murid, guru-guru dan masyarakat setempat.




Bowling kelapa



Pertandingan mengopek kelapa


Memerhati dari jauh Abah Harun

Tuan PPID turut serta dalam pertandingan mengukur kelapa

Pertandingan kerusi muzik











Upacara penutup



 Konst. Hilmi bin Mohd Ramli





Majlis penutup tidak ceria tanpa upacara penyampaian hadiah.

Aktiviti ini turut disertai oleh anggota Polis Marin iaitu Konst. Hilmi bin Mohd Ramli dan Konst. Aldynn Lee yang bertugas di pulau. Jururawat Masyarakat pastinya tidak melepaskan peluang.

Terima kasih diucapkan kepada semua lapisan masyarakat yang turut serta memeriahkan Lawatan Kerja Tuan PPID Mersing. Kami juga turut mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang lawatan tuan ke Pulau Aur. Semoga kembali lagi. Amin...

No comments:

Post a Comment