Thursday 11 August 2016

Jom ke kebun durian Tampok

Kebun durian tahun ini menjadi nampaknya. Kami guru-guru tidak melepaskan peluang untuk ke Tampuk.

Supar menjadi tekong bot kali ini membawa kami 5 orang guru ke sana.

Pada permulaannya cuaca kelihatan cerah tetapi 5 minit berlepas, langit semakin gelap. Air laut mula mencuak membasahi kami.

"Alamak......life jacket sorang pun tak bawa....", berkata seorang guru. Kata-kata beliau membuatkan beberapa rakan guru sedikit rasa takut dan cemas.

Alhamdulillah....kami selamat sampai di Teluk Teluran.

Kami terus berjalan ke dusun sebaik sahaja selesai mengikat lopek.

Trek menuju ke Tampok agak mencabar. Hujan sekali-sekala turun mengiringi pendakian kami.



Sekitar 40 minit mendaki, kami tiba di pondok Pie. Sebentar tadi kami berselisih dengan orang kampung, Ngah Sami, Sem dan _________________ membawa turun 3 ambung yang penuh berisi durian.

Sebaik tiba, kami terus bersalaman dengan tuan kebun iaitu Encik Pie. 3 minit berikutnya, kelihatan Izam tiba diikuti Ustaz Hamzah yang sedikit pancit. Raut wajahnya tetap tersenyum kerana dapat mengharungi cabaran pendakian ini.










Rasa enak buah durian Pulau Aur ini tidak dapat dilupakan. Terbaik !!!


























Kami selamat pulang ke Teluk Berhala sekitar jam 6.30 petang. Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment