Saturday 27 August 2016

Ustaz Zambri Mengimbau Kenangan di Batu Cina

Biar pun jerebu melanda di kepulauan Mersing ini, rancangan untuk mendaki ke Batu Cina tetap diteruskan.

Ustaz Zambri merupakan bekas guru SK Pulau Aur. Beliau mengajar di sini dari tahun 2005 hingga 2012. Beliau juga merupakan menantu kepada Abah Harun, orang lama pulau ini.

Hujung minggu baru-baru ini beliau telah pulang ke sini bersama beberapa orang sahabat untuk melancong di sini. Bukan sahaja pulang ke kampung malah melawati beberapa tempat yang pernah menjadi tempat bermain dahulu. Batu Cina tidak terkecuali untuk dilawati. Pastinya perasaan rindu pada tempat-tempat ini menerjah minda.

Di samping itu, ia memberi peluang kepada 2 orang cikgu baru untuk turut serta ke Batu Cina. Pastinya ia memberi pengalaman baru kepada mereka.

Banyak yang saya pelajari dari beliau semasa mula-mula ditempatkan di sekolah ini. Kata-kata dan nasihat beliau adalah antara penguat saya terus berkhidmat di sini.














 Happy Che Man





Cikgu Hakim

Kenapa tu Cikgu Syafiq?



















Daripada 10 yang mendaki, hanya 7 sahaja yang lepas sampai ke sini. Lagi 3 tidak mampu meneruskan cabaran. Perasaan gayat adalah punca utama.


Selesai mendaki, kami pulang dengan perasaan gembira. Namun begitu, kami dikejutkan dengan pertanyaan dari beberapa orang kampung yang bertanyakan siapa yang berani mendaki sampai ke puncak batu itu?

Kami hanya menyatakan yang kami hanya pergi ke batu tengah sahaja.

Jelas di sini menunjukkan bahawa orang kampung ternampak benda lain di puncak sana. Makhluk Allah yang lain. Wallahhualam........

No comments:

Post a Comment