Friday 26 August 2016

Membasuh di Teluk Sebukang

Ku sangka cerah hingga ke petang......mendung tidak bererti hujan nak turun...

Eh...!!! Apa kaitan perumpamaan dengan story ni? Hahahahhaha....alaaaaa...saja gurau. Saja nak ceriakan hati dek air yang semakin meruncing di Kg. Teluk Berhala ni.

Sekolah dan kuarters guru tidak terkecuali mengalami masalah air. Tahun ini masalah air berlaku seawal Mac yang lalu. Air laut diangkut untuk kegunaan tandas bagi menjimatkan air tawar.

Pagi ini, bersama beberapa orang guru lain menaiki lopek menuju ke Teluk Sebukang untuk membasuh baju. Kami dijemput oleh Iwan di jeti Teluk Berhala. Cuaca berjerebu, berangin dan beralun. Saya hampir-hampir nak batalkan niat ke sana sebab takut apabila melihat cuaca yang pada saya agak menakutkan. Tapi berjaya dipujuk oleh Iwan. Katanya, selamat kita cikgu. Jangan risau. In shaa Allah.

Peta menunjukkan kedudukan antara teluk




Kesian tengok Cikgu Syafiq dan Cikgu Hakim. Baru seminggu posting dah kena hadapi semua ini. Sabar ye cikgu-cikgu. Hahahahahahaha...

Saya sempat bertanya pada cikgu Syafiq, perasaan beliau. Sambil memejam mata, beliau menarik nafas dan menghela nafas, beliau berkata, "Cikgu, jika saya rasa ini adalah satu kesusahan, ada lagi teman-teman lain yang lebih susah dari ini". Waaaaaaa......terkasima saya mendengar kata-kata beliau (kata beliau dalam dialeq terengganu). Ok..ok... Thumbs up pada Cikgu Syafiq.

Cikgu Hakim? Beliau hanya senyum dan kata 'Ok'. Simple jer jawapan beliau.

Saya bertanya lagi pada ke dua-duanya, "Tahun ni nak isi eg-Tukar tak?" Kami gelak bersama-sama. Hahahahahahahahaha....

Cikgu paling lama





Selesai mencuci, kami sempat berfoto-foto. Buat kenangan kata Che Man, nickname bagi Cikgu Syafiq.






Terima kasih kami ucapkan pada Pakcik Manap, pemilik Sebukang Bay Resort kerana membenarkan kami membasuh di chaletnya.

No comments:

Post a Comment