Friday 4 October 2013

Dari Pulau Aur ke Pulau Pinang

Program :
Lawatan ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Tarikh :
01~04 Oktober 2013

Anjuran :
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Bismillah hirrahmanirrahim....... terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada ke dua-dua belah pihak atas kejayaan program ini. Bagi pihak SK Pulau Aur, GB Mohd. Sukhimi bersungguh-sungguh menjayakan pelawaan daripada pihak USM. Dari pihak USM pula yang bermatlamatkan kejayaan mereka menerusi pendidikan murid-murid sekolah terhadap kerang gergasi (kajian).

Program ini ditaja sepenuhnya oleh pihak USM menerusi satu kajian kerang gergasi yang sedang mereka jalankan di Pulau Aur sejak beberapa tahun sehinggalah sekarang. Kenapa sekolah? Sekolah dilihat sebagai salah satu medium bagi penyampaian hasil kajian mereka agar generasi kecil ini memelihara khazanah laut yang semakin pupus. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Tujuan membawa murid-murid, khususnya dan warga SKPA, amnya ke USM adalah bagi menunjukkan hasil kajian mereka secara saintifik di makmal-makmal. Ini bagi memberitahu bahawa, pihak USM begitu serius.

Jom layari travel log lawatan ini....


No comments:

Post a Comment