Saturday 28 September 2013

Program Dakwah Bil Hal Sekolah-Sekolah Pulau Daerah Mersing


Program :
Dakwah Bil Hal Peringkat Negeri Johor
Sekolah-Sekolah Pulau Daerah Mersing

Tarikh :
26 ~ 28 September 2013

Lokasi :
Politeknik Mersing dan Melaka

Anjuran :
Unit Pendidikan Islam, PPD Mersing

Bil Hal membawa maksud 'keadaan'. Antara objektif program ini adalah bertujuan untuk memberi praktikal dalam suasana atau keadaan sebenar iaitu berkaitan musafir dan solat jamaq dan qasar. Program ini sangat memberi gambaran sebenar apabila kita berada dalam musafir. Bukan sahaja kepada murid-murid sekolah pulau, malah kepada guru-guru pengiring juga.

26 September 2013
Bot Pak Dagang tiba di Pulau Aur sekitar jam 8.00 pagi. Bot tersebut juga membawa murid-murid SK Pulau Pemanggil. Mereka bergerak dari Pulau Pemanggil, sekitar jam 6.00 pagi. SK Pulau Aur disertai oleh 7 orang murid dan 2 orang guru pengiring.








Pelayaran berjalan dengan lancar kerana cuaca dan laut yang tenang. Cuma ada sedikit hujan ketika menghampiri Pulau Babi Besar. Kami mula memasuki muara Mersing sekitar jam 11.30 pagi dan tiba di jeti, sejam lebih kemudian.

Seterusnya kami menuju ke Politeknik Mersing untuk pendaftaran dan sebagainya.




Taklimat diberikan selepas selesai pendaftaran dan makan tengah hari oleh ustaz Khushairi. Kemudian peserta diagihkan kepada kumpulan kecil bagi penempatan bilik penginapan.

Para peserta berkumpul semula di dewan selepas Asar bagi sesi 'Ice Breaking'. Pengagihan kumpulan adalah melalui bunyi haiwan. Peserta mesti mencari ahli kumpulan dengan mengeluarkan bunyi haiwan yang telah ditetapkan.







Selesai ice breaking, masa untuk makan malam. Sebelah malamnya bacaan Yasin di masjid.



Program diteruskan dengan slot ilmuan berkenaan musafir dan solat dalam musafir.


Sebelum tidur, peserta disajikan dengan sedikit jamuan.


Mentor
27 September 2013
Program hari ini dilangsungkan ke destinasi yang sedikit luar dari daerah iaitu ke Melaka. Seawal pagi peserta begitu menepati masa yang telah ditetapkan. Mereka sudah siap sedia di masjid untuk solat Subuh berjemaah dan disusuli dengan tazkirah pagi.

Dengan beruniform sekolah, menaiki bas untuk ke destinasi yg seterusnya.




Berhenti bersarapan di Kluang. Kemudian meneruskan perjalanan.



Tiba di pintu tol Ayer Keroh sekitar jam 11 pagi.


Destinasi pertama dituju ialah mercu tanda Melaka iaitu Menara Taming Sari. Dari puncak menara ini, dapat dilihat pemandangan sekitar bandaraya Melaka yg sedang pesat membangun. Kesibukan kota ini sejak dari dahulu lagi.

Suatu ketika dahulu kota ini merupakan pelabuhan paling sibuk di dunia. Ia juga merupakan pintu masuk pedagang-pedagang luar dan penyebaran agama. Di puncak sana, A Famosa, merupakan kubu pertahanan lama.




























Selesai menjamu mata dengan pemandangan sekitar Kota Melaka dari Menara Taming Sari, peserta di bawa ke Masjid Selat. Praktikal solat Jamaq dan Qasar dipraktikan.




















Pulang ke Mersing....

28 September 2013
Hari terakhir program. Hari ini akan diadakan majlis penutup. Seperti biasa, peserta bangun untuk solat Subuh. Selesai Subuh, sedikit tazkirah, disampaikan oleh ustaz Hadi. Kembali ke bilik penginapan untuk pengurusan diri.

Sebelum ke dewan, peserta ke kantin dahulu untuk sarapan pagi.





Selesai bersarapan, semua peserta ke dewan bagi acara terakhir iaitu majlis penutup. Majlis penutup ini disempurnakan oleh En. Mohd Azman bin Mohd Yunos, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.







Penyampaian hadiah kepada peserta




Pihak JPN dan PPD bertukar-tukar cenderahati








Program  tamat. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak. Semoga setiap usaha yang dijalankan, memberi manfaat untuk manusia sejagat. Amin.

No comments:

Post a Comment