Saturday 1 October 2016

Hari Kedua Laskar Pelangi di Pulau Aur oleh Our Touch Community

Selamat pagi...

Semalam masa sedang melayan filem Laskar Pelangi, diberitahu yang esok pagi ada aktiviti mendaki bukit di Pulau Dayang. Aktiviti turut disertai oleh murid-murid dan orang kampung.

Macam biasa, sukarelawan dan murid-murid  bersarapan dahulu di kedai Kak Ngah Norli. Sambil makan tu ada yang sempat lagi berfoto. Itu dalam keadaan talian internet terputus. Kalau ada talian internet, pastinya penuh dengan gambar-gambar Pulau Aur di media sosial. Hihihihi...

Sebelum bertolak, murid-murid berkumpul, beratur dan menyanyikan lagu Negara Ku, Bangsa Johor dan Lagu Sekolah.

Seterusnya sesi memilih buddy. Murid-murid diberi pilihan memilih kakak atau abang sebagai buddy mereka untuk aktiviti mendaki ini.




Jam 0830 lebih, kami berjalan menuju ke jeti. 2 buah lopek sudah sedia menunggu. Aktiviti mendaki diketuai oleh Encik Fadli. Anak jati pulau ini.





Tour guide















Perjalanan menuju ke Pulau Dayang tidaklah jauh. Hanya depan tu saja. Hahahahaha.... pertanyaan pertama yang mereka tanya apabila sampai di pulau ni ialah "Boleh camping kat sini tak Cikgu?". Saya kata no problem. Boleh terus jumpa dengan Pakcik Tahir. Orang kampung di sini dan juga pemilik chalet. Beliau juga merupakan ayah kepada Irfannabihan, murid Tahun 4.

Dari raut wajah mereka memang jelas bahawa mereka sangat-sangat teruja dengan keindahan pulau ini. Laju jer berposing-posing. Ada yang duduk atas buaian, ada yang pose berjalan tepian pantai konon-konon hati yang lara....macam-macam lah.

Berhadapan pantai ini terdapat sepohon pokok yang rendang. Di dahan pokok itu terdapat sebuah buaian. Yerrrr.....di sinilah salah satu lokasi filem The Journey. Haaaaaaaaaaa.......kagum tak? Hahahahahaha...



















Kurang 30 minit pendakian, kami pun tiba di puncak. Alhamdulillah...

Perasaan? Pastinya tidak terkata. Semua gembira.

Murid-murid terus dengan agenda mereka dengan membuat lukisan. Diaorang dah tahu apa yang perlu dibuat sebab telah diberitahu oleh kakak-kakak dan abang-abang sukarelawan.

Saya macam biasa, hanya mampu menjadi jurufoto jer lah. Nak masuk dalam frame rasa tak ensem. Kahkahkahkahkah....

Satu....Dua....Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............

Wow...!!! Amazing.....!!!





















Dari jauh saya lihat Cikgu Syafiq sedang termenung. Jauh menungannya. Saya merapatinya dari belakang dan menegur beliau, "Jauh termenung tu Pik. Apa la yang dimenungkan tu?".

Cikgu Syafik berpaling sambil tersenyum. Katanya dia teringat zaman-zaman dia berpidato. Rasa rindu nak berpidato lagi. Tapi memandangkan dah ngajo sini, agak susah la.

Saya kata kepadanya, kalau ada apa-apa pertandingan, sertai je la. Apa susah.


















Team radio Pulau Aur












Satu jam lebih kami beraktiviti di atas bukit Pulau Dayang ini. Tiba masanya untuk turun. Tapi tidak semua turun kerana ada beberapa sukarelawan yang ingin mendaki lebih tinggi sedikit ke satu bukit yang lain. Tidak jauh dari situ.

Ustaz Amin akan memandu team itu untuk ke puncak sana. Pemandangan tidak kurang cantiknya dari tempat tadi.





Sekitar jam 1155, kami pun turun menuju ke pantai. Bot sedai menunggu. Kami pun bergerak pulang menuju ke Kampung Teluk Berhala.

Ketika saya bersama mereka ini, sempat mendengar kisah-kisah aktiviti mereka. Mereka semua ini juga merupakan minat mengembara ke luar negara. Sudah banyak tempat menarik yang telah mereka lawati sambil membuat kerja amal. Terutamanya Kakak Oshin. Banyak cerita gunung yang didengari dari beliau. I think she have many experience about travel.

Rehat...


Selepas Zohor, aktiviti melukis pula.




Dalam masa yang sama, di bilik makan sekolah, sedang berjalannya pemeriksaan mata. Bukan periksa sahaja malah mendapat cermin mata percuma. Perkhidmatan ini hanya untuk orang kampung sahaja. Bagi penjawat awam atau bekerja, cermin mata dikenakan sedikit bayaran. Pemeriksaan sahaja yang percuma.

Pemeriksaan mata ini diketuai oleh Cik Diana. Beliau merupakan seorang pensyarah dalam bidang mata. Beliau dibantu oleh beberapa orang pelajarnya. Syukur pada Allah. Untuk informasi, team Cik Diana ni sudah banyak membantu golongan gelandangan dari segi pemeriksaan dan cermin mata.

Masya Allah....mulia sungguh sukarelawan-sukarelawan ini. Segala jasa ini, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Amin.




Aktiviti bersama murid diteruskan lagi dengan membina gunung berapi. Rasanya ini lebih kepada Sains. Sangat menarik. Mereka menggunakan pewarna, natrium bikabornat dan soda untuk menghasilkan larva gunung berapi.

Dalam kesuntukan waktu mengejar masa untuk ke Teluk Sebukang, para sukarelawan sempat lagi mengadakan sukaneka untuk murid-murid.




Sekitar jam 1800, para sukarelawan menuju ke jeti. Sebuah lopek sudah sedia menunggu untuk membawa mereka ke Teluk Sebukang. Ada yang dah 2 hari tak mandi sebab tiada air. Maka ada yang sangat excited dengan niat dapat mandi puas-puas di sana kelak.

Jujurnya saya pada masa tu memang tak rancang nak ke sana sebab memikirkan masih ada bekalan air. Kebetulan pada masa itu, saya saja berjalan ke jeti sambil membawa kamera. Melihatkan kemeriahan mereka, saya tertarik untuk sertai mereka untuk ke sana.

Saya bertanya pada tekong (Abang Supar), boleh join lagi atau tidak? Tekong bagi lampu hijau. Pada fikiran saya mungkin ini sahaja yang pergi, rupa-rupanya masih ramai lagi yang belum naik.

Tekong pun mula mengemudi motor menjauhi jeti dan perlahan menuju ke Teluk Sebukang. Takkala lopek melepasi Villa Abah, Ustaz Amin yang berada di hadapan memberitahu tekong yang air masuk dalam lopek. Tekong hanya senyum sahaja sambil meneruskan perjalanan.

Ketika ustaz bersuara itu saya dah mula cemas. Dalam hati la cemas. Seminit lepas itu, ustaz bersuara lagi memberitahu yang lopek masuk air. Saya ketika itu berada bersebelahan tekong memerhati ruang tengah lopek. Air sudah semakin bertambah. Tekong kata boleh lagi. Jangan risau.

Takkala tekong kata jangan risau tu, saya duduk dan muntah angin. Mabuk. Memang air semakin banyak dalam lopek. Tekong mencadangkan sukarelawan menutup lubang tepi lopek. Arghhhhhhhhhhhhhhhhh.....!!!

Dalam suasana itu, saya lihat kakak-kakak sukarelawan ni boleh tersenyum jer. Mungkin mereka juga sama macam saya. Tak tunjuk perasaan takut tu. Hahahahahaha.... Akhirnyanya tekong akur dan beliau merapati tepian batu. Dia mencadangkan lelaki turun dan tunggu sini. Dia akan menghantar perempuan dan tong-tong air terlebih dahulu.

Memandangkan Teluk Sebukang tidak jauh sudah dari situ, saya mengajak yang lain berjalan kaki sahaja. Alhamdulillah, kami selamat sampai dan terus memenuhi tong-tong kosong dengan air.

This is PENGALAMAN.....











Kami selamat kembali semula ke Kampung Teluk Berhala sekitar jam 2000. Dari jeti, kedengaran laungan Azan Isyak.

Selesai makan malam, sambungan filem Laskar Pelangi. Dalam masa yang sama team mata membuat pemeriksaan mata.

Sambung esok...

No comments:

Post a Comment