Saturday 20 April 2013

Merentas Desa SKPA 2013

Alhamdulillah, Merentas Desa SKPA berjalan lancar. Cuaca yang sangat baik pada hari tersebut. Acara bermula dari Batu Kembar - Tangki 10 - Air Besar - SKPA (tamat). Selain daripada keterlibatan guru-guru dan murid-murid, program mendapat juga kerjasama daripada Jururawat Desa Pulau Aur dan pekerja swasta SKPA.

Walaupun hanya 7 orang peserta, program tetap dibuat sebaik mungkin. Alhamdulillah.......


Memanaskan anggota badan


Seperti biasa, sebelum memulakan larian, acara memanaskan badan dilakukan terlebuh dahulu. Kali ini diketuai sendiri oleh Setiausaha Sukan iaitu Ustaz Mohamad Amir.






Bersarapan, itu sudah pasti. Tanpa tenaga, mana mungkin peserta dapat berlari. Kami bersarapan kuih karipap dan Roti Bakar Pulau Aur yang sedap berserta air teh.

Sarapan


Ustaz yang sporting


Cikgu sains yang ceria

Cikgu PSV yang fotogenik







Sedikit taklimat sebelum acara bermula. Ini bagi mengingatkan para peserta dan semua yang terlibat agar setiap rancangan yang telah diatur berjalan lancar.

Ucapan Pengurus Kejohanan

Setiausaha sukan



Bacaan doa

Bacaan doa agar acara pada hari ini mendapat Rahmat dari Allah s.w.t.


Jururawat Desa

Acara merentas desa ini turut mendapat kerjasama daripada Jururawat Desa Pulau Aur bagi membantu sekiranya terdapat situasi kecemasan. Dengan kehadiran mereka meyakinkan lagi murid-murid bahawa keselamatan mereka terjamin. In saa Allah.


Dari SKPA, kami berjalan menuju ke tempat permulaan, Batu Kembar. Sempat melayan pemandangan indah sepanjang perjalanan menuju ke sana.









Kacak



Sebelum memulakan larian, murid-murid sempat bergambar. Kata mereka, nak masukkan dalam muka buku. Al maklum la dah ada muka buku sendiri. Semakin bersemangat nak bergambar.




Larian bermula. Peserta dilepaskan seorang demi seorang. Masa akan diambil. Masa terpantas adalah pemenang.

Check-point pertama




Setia menunggu di check-point








Sempat lagi


Penjaga masa





Keletihan

Kasih pada binatang









Ucapan penutup

Penyampaian hadiah akan dilakukan pada sesi perhimpunan, Isnin depan. Keputusan juga turut dirahsiakan bagi suasana suspen.



Sebelum bersurai, sesi bergambar kumpulan.







Selesai acara, sempat berkareoke.

Unit Ko-Ku mengucapkan kepada AJK Pengelola Merentas Desa atas kejayaan ini. Terima kasih juga kepada Jururawat Desa yang meluangkan masa, walhal pada masa itu mereka sendiri ada lawatan dari Bahagian Kesihatan Mersing. Turut menbantu pekerja swasta seperti pembersihan dan pengawal keselamatan. Secara keseluruhannya kejayaan ini adalah dari semua pihak. TERIMA KASIH.

Klik untuk Merentas Desa 2012

No comments:

Post a Comment